Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dimensi Baru Dunia Kita (Blogger)

Assalamualaikum... Kenapa aku pilih berita ni? Aku rasa sesuai untuk kita, para blogger jugak. Tak faham? Tak pa. Tengok je huruf yang aku dah bold (tebalkan) . Kemudian baca dengan tukar istilah wartawan kepada blogger, dan akhbar/surat khabar kepada blog, okay. Jom  mula baca. Dimensi baru dunia wartawan (baca= Dimensi baru dunia blogger) PARA wartawan muda yang mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra secara langsung dengan Mazlan (duduk tengah). BUKAN mudah untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya jika anda tidak memiliki minat yang mendalam dalam dunia penulisan, membaca, tidak berani menanggung risiko dan tidak sanggup berfikir di luar kotak.

Kereta Jadi Padang Golf Mini

Assalamualaikum... Kereta jadi padang golf mini JOHN MCARTHUR berdiri di atas bumbung kereta miliknya yang dijadikan padang golf. CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam. McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic. "Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini. "Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya. Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi Sumber: Kosmo Hai, macam-ma

Larangan Tidur dengan Tengkurap

Assalamualaikum... Dah lewat malam ni, mata pun dah kantuk ye tak, teman-temanku? Maka, aku ambik inisiatif dan berfikir eloklah aku postkan entri ini. Cara tidur yang diajar Nabi s.a.w. Mengapa Tidak Boleh Tidur TENGKURAP dan Kenapa Mesti Tidur posisi Miring Kekanan?? Larangan Tidur dengan Tengkurap (Meniarap) Dari Thakhfah Al-Ghifari r.a, salah seorang di antara ash-habush shuffah (para sahabat yang tinggal di Masjid Nabawi) berkata: “Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi tengkurap dan berkata: “Bangunlah dari tengkurapmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.”  Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka akupun kemudian bangkit.”            ( HR. Al-Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 1187, Ibnu Majah, no. 3723, Ahmad, no. 7981, At-Tirmidzi, no. 2768 dari hadits Abu Hurairah r.a)

Open Tracker