Langkau ke kandungan utama

Catatan

Perihal Seorang Aku... Sha (8)

Assalamualaikum... Aku orang Kedah dan kata-kataku memang kasar sesuai la dengan orang Kedah. Jadi, tak perlu nak terasa lebih-lebih kalau ko buat salah dan aku marahkan ko. Kalau aku tak minta maaf lagi, itu tandanya, memang perkataan itu layak untuk ko! Ko nak tarik muka dengan aku? Tarik la. Ko nak luahkan perasaan tak puas hati ko, buat la. Ada aku kisah? Aku cuma akan marah bila ko buat salah. Tapi kalau ko tak buat salah, lembut bicaraku adalah seperti perempuan Melayu terakhir..

AKU BENCI ROKOK

Assalamualaikum... Abang Ben buat segmen lagi.. 1. Sila letak banner diatas ni .. 2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini .. 3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. Kenapa aku benci rokok?  Kenapa saya suka rumah saya? (Sila baca macam iklan Merdeka oleh Petronas, 'kenapa saya suka rumah saya' Sebab rumah saya besh.. haha~)

Seorang Lagi Guru Silat Nahas Jalan Raya Meninggal Dunia

Assalamualaikum... Seorang lagi guru silat nahas jalan raya meninggal dunia March 22, 2011 ALOR SETAR, 22 Mac — Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi semalam meninggal dunia hari ini setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan keseluruhannya enam mangsa maut akibat kemalangan itu.   Che Ishak Hussin, 55, dari Kampung Tualang, Pokok Sena meninggal dunia pada pukul 2 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam otak dan patah kaki kanan. “Semasa ayah meninggal awal pagi tadi, kami sekeluarga berada di sisinya dan kami reda dengan ketentuan Ilahi,” kata anak sulung mangsa, Mohammad Zahir Che Ishak, 36, ketika ditemui di hospital itu hari ini.   Semalam, lima guru silat maut apabila van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang.  

Open Tracker