Langkau ke kandungan utama

Catatan

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

                Biarkan sahaja si dia bersendirian - kredit, aerialist Assalam. Aku masih lagi sibuk menyiapkan thesisku. Ini adalah waktu berehat sebentar bersama Kit Kat. Hehe~ Kali ni aku nak kongsi tips dengan korang. Ambik dari laman web atau sesawang Cinta.com. Lelaki, mesti korang pun pernah kenal lelaki kan? Pernah jumpa lelaki yang kuat merajuk? Mesti ada kan? Walayeh, rasa tensen jugak. Rasa nak kutuk jer jantan macam tu.Tak pun rasa nak bagi side kick jer. Haha~ Sabar, sabar.. Meh kita usha apa yang diperkatakan kat bawah ni.

[CERPEN]: Di Sempadan Hijab

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru. "Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku.

Open Tracker