Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Berikut ialah biodata rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office). Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Khalsom Abdullah. PENDIDIKAN Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru sebelum memulakan pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), juga di Johor Bahru. Pada 1968 hingga 1970, Sultan Ibrahim me...