Langkau ke kandungan utama

Catatan

#PekaBahasa 7: Killfie ertinya Swafoto Maut

Killfie ertinya Swafoto Maut adalah bermaksud mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. Contohnya mengambil gambar di huruf IPOH yang viral beberapa bulan lepas. Netizen mengecam tindakan tersebut dan anak-anak muda itu dihadapkan ke mahkamah kerana membuat sesuatu yang berbahaya dan dibimbangi akan diikuti oleh belia yang lain. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 6: Dwibulanan Prakata Sosioekonomi Subseksyen Antidadah

Salah: Dwi bulanan Betul: Dwibulanan Salah: Anti dadah Betul: Antidadah Salah: Pra kata Betul: Prakata Salah: Sosio ekonomi Betul:  Sosioekonomi Salah: Sub-seksyen Betul: Subseksyen "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 5: Tatabahasa Pengulangan

Salah: di masa Betul: pada masa Salah: dari tuan Betul: daripada tuan Salah: senarai barang-barang Betul: senarai barang Salah: lain-lain faktor Betul: faktor-faktor lain Salah: berbanyak terima kasih Betul: berbanyak-banyak terima kasih BAHASA JIWA BANGSA  Terima kasih singgah sini

Open Tracker