Kad implanon Sha Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau. Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu. Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambi