Hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah berayalah kita semua meraikan kemenangan mereka yang membuat ibadah haji. Terdapat banyak ujian dan dugaan yang hadir semasa melaksanakan dan menyempurnakan ibadah ke-lima iaitu menunaikan haji di Mekah. Di samping itu, kita juga diseru untuk menghayati makna pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail. Cuba bayangkan jika kita berkahwin berpuluh-puluh tahun berkahwin tiada anak dengan isteri pertama, kemudian apabila sudah dikurniakan anak, anak tersebut pula terpaksa dikorbankan. Namun, apabila hendak dikorbankan, Nabi Ismail telah ditukarkan dengan binatang yang boleh dimakan. Marilah kita menghayati pengorbanan semua orang yang telah dilakukan kepada kita terutamanya ibu bapa dan waris terdekat. Sesungguhnya pengorbanan itu ibarat lilin yang membakar diri. Di samping itu juga, banyak daging korban yang kita akan terima raya ini. Jangan makan sampai pengsan okay. Nak buat apa ya, untuk daging y