Langkau ke kandungan utama

Catatan

Senarai Barang Hantaran Lelaki dan Perempuan

Sesebuah perkahwinan yang meriah tak lengkap rasanya kalau tiada hantaran bertukar tangan. Senarai barang hantaran lelaki dan perempuan yang biasanya diletakkan di atas dulang hantaran. Jumlah berapa dulang akan berbeza dua. Kalau pihak lelaki bagi 5, pihak perempuan akan balas 7 dulang. Jika pihak lelaki bagi 7 dulang, pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Kebiasaannya, dalam jumlah yang ganjil. Tak ada pula jumlah yang genap seperti 4,6,8. Namun begitu, jika terdapat jumlah yang ganjil, itu adalah tidak disengajakan dan dirancang. Kerana kedua-dua pihak telah berpakat menetapkan berapa dulang berbalas berapa. Contohnya, 7 dulang berbalas 9, tetapi jadinya 8 dulang kerana ada sedara-mara yang sudah senyap-senyap sediakan sebekas dua hantaran. Tak ambil kang, kecil hati pula.

100 Hari Menanti Cinta Eh Perkahwinan Check List

Dalam sedar tak sedar, ada lebih kurang 100 hari sahaja lagi nak menanti tibanya hari besar itu, Nikah, Resepsi, kenduri dan Bertandang. Ini pun fikir nak bilang bila tengok kawan duk menghitung hari, katanya lagi 100 hari. Aku fikir, aku lama lagi. Tapi tak bilang pun. Hari ini baru bilang. Alamak, masih berbaki 100 hari. Tak lama lagi akan bertukar status sebagai isteri orang! Jom kita tengok check list cepat ini. Kalau untuk check list penuh, boleh lihat di sini ya, Checklist Perkahwinan 1.  Date for Solemnization & Receptions Solemnization: 13th November 2015 (Jumaat malam Sabtu) Bride: 22 November 2015 (Ahad) Groom: 29 November 2015 (Ahad) 2.  Theme Colour & Concept Solemnization: Peach Bride: Peach + Mint Green Groom: Hot Chocolate 3.  Documents, Kursus Kahwin & Jurunikah Bride:  Pending Groom:  Pending Booking Jurunikah:  Pending 4.  Venue Bride: Rumah, Pok...

Kisah Tazzabarnya Aku Nak Balik Ke Kampung Berhari Raya, Meriahnya

Inilah barang-barang aku yang tengah tunggu masa nak pack dalam beg Ya Rabbi, tazzabarnya (tak sabarnya) nak balik kampung untuk berhari raya. Hari ni, tak ramai orang kat pejabat. Jalan pun sudah sedikit lenggang. Tambahan pula, radio terus-menerus menyiarkan lagu raya. Oh, kampungku tunggu aku. Aku akan ke sana malam nanti. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam tetapi bila nak balik raya macam ni, pastilah sesak ( jammed ), maka akan bertambah lagi jadi semua 7 jam. Dari Puduraya (nama baru: Pudu Sentral), Kuala Lumpur ke Alor Setar. See,  awal betul sepupu aku ni tanya bila nak balik raya. Dia tengah berpantang melahirkan anak sulungnya. Paling tak boleh sabar bila adik sepupu dari awal-awal lagi tanya bila nak balik beraya (sila rujuk gambar). Pastinya dia pun tak sabar nak jumpa. Kami membesar bersama. Oh, kenangan. Indahnya zaman kanak-kanak tak kan boleh terulang. Oh, sangat merindui zaman itu. Jalan bertanah merah, mandi parit, berkelah, main dangau (pondok-po...

Open Tracker