Langkau ke kandungan utama

Catatan

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum. Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni. Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn ). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~ Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream. BB cream Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30. soy collagen Nurbeutyline Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah

Langkawi, Kedah: Cantik Sangat dan Pengangkutan Awam

Sunset Pantai Chenang, Langkawi yang indah. Capture dari hp ku. Assalamualaikum. Aku berkesempatan melawat (atau melancong mahupun melencong) ke Pulau Langkawi sebanyak dua kali. Kali pertama semasa majlis kahwin adikku, raya cina 2013 dan kali kedua pada 20 Ogos 2013. Ya, baru lagi. Pergi Korang pergi dengan apa? Naik bas? Boleh.. Dari KL, ambil bas ke Alor Setar. Boleh tanya bas tu, nak turun Pekan Rabu boleh tak? Balik Bas? Korang tak perlu risau. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang boleh kata efeksien. Nak tunggu kat mana? Korang kena keluar dari Kompleks Jeti Kuala Kedah dan berjalan keluar.  Korang ada nampak kedai mamak tak? Restoran Ali Imran kalau tak silap aku. Tulisan warna biru. Aha, korang tunggu dekat-dekat sana. Tapi bukan kat bawah restoran tu. Korang tunggu bas kat tempat duduk yang ala-ala tempat orang tanam pokok. Diorang tak sediakan tempat tunggu bas berbumbung tau. Tunggu jer. Bas tak lama pun, datang la. Tambang bas ke Pekan Rabu (pus

PTPTN dan CRISS: Cerita yang Mudah Difahami

Assalamualaikum. Hari ini aku nak cerita pasal hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh nak dimasukkan ke dalam CCRIS. Aku pun faham dari sini. Okay, korang baca dulu. Ramai yg kurang tahu apa itu CCRIS Dan Kesannya Bila Nama Anda Direkodkan Dlm Sistem Tersebut... Jom layangzz cerita pendek ni bagi memudahkan pemahaman tentang CCRIS... KISAH NAJIB DAN CCRIS Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib  juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Open Tracker