Tips for first time blind date atau janjitemu pertama ini dijana oleh kepala yang ingat dari pembacaan dan penonton tv, cd, movie dan sebagainya. Bersedia nak keluar dating? Assalamualaikum. Mari aku kongsikan kepada anda yang berminat dan perlu tahu apa yang perlu korang buat semasa temu janji pertama. 1. Kenal iya la, dah nama blind date, buta. Kena la kenal dulu, paling tidak pun nama, umur, asal mana. Kalau langsung tak kenal, minta saja dia memperkenalkan diri. 2. Tempat jumpa Pilih yang agak selesa untuk berbual. Jangan pilih stadium time perlawanan bola final. Jangan pilih kedai mamak yang bising dan sibuk giler. Tapi jangan pula pilih perpustakaan atau masjid tempat tak boleh berborak seluhur hati. Pilihlah restoran yang ada kelas sikit. Tak ramai orang dan selesa nak berbual. Biar mahal sikit tak apa. Kan nak jadi kenangan terindah juga nanti. 3. Berbual Dah jumpa, apa lagi, sembang la. Nak borak apa? Apa-apa sahaja yang menarik bagi kedua-duanya. Contohnya isu...