Assalamualaikum. Lama kan tak berjumpa kat sini. Well, sibuk sikit dan lappy masih tak sihat2 lagi. Ni pinjam guna lappy adik junior kat UUM, Fetty. Tq Fetty. Tahniah untuk kawanku yang dah kuanggap adik, Izahar Sabtu (lebih mesra disapa Achik) kerana blog dia dah terpilih masuk majalah Remaja keluaran Oktober 2012 di ruangan blogspot. Lebih terasa bangga sebab rasanya kami sama-sama naik dalam dunia blog ni. Sama mula kenal apa itu blog. Kami juga rapat di facebook. Memang terasa banggalahkan.. Cuma sekarang je aku slow sikit berblog, tapi Acik, masih kekal akif. Blog aku bila lagi? Kalau korang nak masukkan blog dalam majalah Remaja, kena beli Remaja dan ada borang dalam tu. Isi dan poskan.