Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bunga Dedaplah, Kau!

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan cerita kisah benar seorang kawanku. Sebenarnya, aku rapat juga dengan dia tapi dia ni kuat sentap ( sila lihat entri ini) , maka aku pun menjauhkan diri dari dia. Masa aku 'kawan' dengan A, (eh SW la. Hehe~) aku selalu usik dia sentap la, sebab mamat tu kawan rapat dia jugak, siap minta pandangan la, itu ini la. (Nakal kan aku? Tapi ok la dia tak cepat sentap. Kalau tak, jenuh jugak aku nak pujuk kang). Ok, berbalik kepada kisah kawanku yang kuat sentap tu, dia ada girlfriend. Satu group dah tahu kot. Selepas isu kat group dia settlekan, dengan pertolongan aku juga, (Tahu pula nak minta tolong aku, kan? Kalau aku pun jenis kuat sentap macam dia, memang tak tolong dah la. Tapi aku tak macam tu, aku jenis tak suka simpan dendam) dia dah kurang sentap. Sebab apa? Sebab dia dah nak kahwin. Wah, best-best. Jadi aku tak kisahlah kawan dengan dia balik. Dia pun dah tak sentap-sentap, kira OK la, aku on jer. Hihi~ Dah lama, macam sebulan ma...

Rezeki, Lagi Sedekah Lagi Bertambah

Assalamualaikum. Wah, rasa happy pula bila dapat duit RM2 dari Nuffnang sebab minggu lepas tak dapat apa-apa pun, sesen pun tak naik. Sedih juga la padahal ada je iklan dia duk merayap. Haha~ Tak pe la, dah namanya rezeki bukan kita tahu pun kat mana rezeki nak datang kan? Yang penting kita enjoy! Eh, tak.. Yang penting kita buat baik, insya-ALLAH cepat la dapat rezeki kita tu. Sebut pasal rezeki ni rasa nak mengulas bab rezeki jugak. Rezeki ni orang kata antara rahsia ALLAH. Rezeki itu ALLAH akan bagi kepada sesiapa sahaja, maksudnya semua orang ada rezeki masing-masing. Aku pernah baca dalam buku, kita dilahirkan dengan 4 perkara yang telah ditetapkan : 1. Jodoh 2. Ajal maut 3. Rezeki 4. Amal hidup kita (Aku selalu terlupa yang satu ni). Rezeki juga didatangkan dengan pelbagai bentuk. Bukan duit dan harta benda je rezeki.. Rezeki ni apa yang aku faham adalah sesuatu yang menyenangkan. Perkara positif. Contohnya, hati senang, itu rezeki. Kesihatan, itu rezeki. Bukan na...

Persahabatan Blogger, Murni ke Sampah?

Assalamualaikum. Kalau berbicara pasal perangai blogger, memang banyak isunya.. Selama aku dalam bidang ni walaupun tak lama, baru tiga tahun tapi setahun yang lalu baru aku aktif dan kenal apa itu erti blogging yang sebenar, banyak yang aku jumpa. Persahabatan Kalau berbicara pasal persahabatan, ya ada yang bagus tu memang akan menjalinkan persahabatan yang murni. Aku pun pernah rasa, oh indahnya persahabatan blogging . Aku sebut pernah rasa kerana sekarang ini mereka sibuk berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, maknanya ramai kawan-kawan yang aku kenal dari blog dah tak aktif berblog malah ada yang delete blog tapi hubungan baik dan akrab aku dengan mereka tetap terjalin (diteruskan dengan fb pula). Malah mereka adalah antara teman rapat aku sampai boleh kongsi rasa dan rahsia. Bila ada masalah jer, cari. Antaranya bebudak Sintokkian yang ramai - malas nak sebut satu-satu, Wawan Sabah, Pilot Huzairul, Bubu, Wan Mejuez, Henry Zackery, Acik Izahar dan ramai lagi. Ter...

Open Tracker