Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak bercerita sikit. Aku ada kenal seseorang. Perangai dia ni pelik sikit, kira memang tahap gila-gila habis la. Cuma orang yang faham dengan karenah gila-gila dia je yang mampu bertahan untuk kawan dengan dia. Dia ni jenis hyper active. Kalau korang tak tahu hyper active tu macam mana, meh aku nak habaq. Haha~ keluar dialek Utagha. Dia seorang yang sangat aktif, semua orang kenal dia. Nampak macam dia tak pernah sunyi daripada bergaul dan buat macam-macam perkara dalam satu hari. Kira aku pun mampu la kawan dengan dia sebab kepala aku memang mereng jugak, (ops aku tak gila atau mempunyai sebarang penyakit kejiwaan, aku normal). Kami merupakan kawan kamceng. Macam-macam kami buat bersama. Eh, kami bukan buat maksiat tapi kami buat aktiviti seperti camping ramai-ramai dengan Kelab Kembara, kayaking, abseiling, fire fox, berlawatan sambil belajar, berbakti siswa dan macam-macam la kalau nak senaraikan penuh satu blog. Haha~ Suatu hari, kami