Assalamualaikum. Tadi buat kad kreatif. Lama rasanya tak buat kad kreatif ni. Dulu-dulu suka buat kad kreatif sempena birthday. Tapi hari ni aku buat kad kreatif sempena raya a.k.a kad raya. Haha~ Cantik tak? Pada aku cantik la. Ada ketupat daun kelapa, ada lemang, ada masjid. Korang dapat bayangkan tak? Teringat: aku dan roommate bersusah payah buat kad kreatif untuk diberikan kepada kawan kami yang berbangsa Tiong Hua, sempena Tahun Baru Cina. Cantik jugak kad tu. Hehe~ Puji diri. Dia pun sangat suka akan kad tersebut. Penat lelah kami buat kad tu rasa berbaloi sebab dihargai oleh tuan penerima. Penat kot, berjam-jam buat, cari idea, tampal-tampal. Siap ada tulisan cina lagi tau. Kami belajar tulis sendiri. Gigih tak? Hehe~ Aku lebih suka kad kreatif sebab lagi susah dan lagi nampak keikhlasan orang yang memberi. Sebab masa yang dia gunakan tu. Dia sanggup bersusah payah dan menghabiskan masa semata-mata nak buat kad untuk kita. Sape yang tak menghargai, aku tak tau ...