Langkau ke kandungan utama

Catatan

KESILAPAN DALAM IBADAT&AMALAN AGAMA

Assalamualaikum... 1. SELALUNYA KETIKA KITA SEDANG BERPUASA SUNAT,APABILA ADA ORANG AJAK MAKAN KENDURI,KITA AKAN MENOLAK DENGAN ALASAN KITA SEDANG BERPUASA. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak? 2. RAMAI YANG MENGANGGAP ISLAM INI HANYA PADA IBADAT SAHAJA.HUKUM SOLAT,PUASA,HAJI DIJAGA SEPENUHNYA .  Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .      

Rumah Hangus Terbakar Tapi Al-Quran Terjaga

Assalamualaikum... Itulah, kebesaran ALLAH. Jom, kita baca.. Al-Quran, kain ela tidak hangus RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam. KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api. Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin. Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.  

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 38): Akan Berlalukah Mendung?

HARI itu hari Jumaat. Cuaca cantik. Malam nanti akan diadakan majlis doa selamat di rumah Tan Sri Razlan. Puan Sri Zalia sangat berharap agar majlis doa selamat dapat diadakan supaya segala yang dirancang berjalan lancar. Akhir-akhir ini perasaannya sangat gelisah. Dia kurang pasti apa yang meresahkannya tapi harapannya biarlah apa yang direncanakan kali ini tidak lagi gagal seperti yang sudah-sudah. Selepas solat Isyak, tetamu yang diundang termasuk dari jemaah surau berdekatan sudah mulai membanjiri kawasan rumah. Di hadapan halaman kediaman mewah itu sudah berdiri khemah-khemah berserta kerusi-meja untuk para tetamu menjamu selera selepas selesai majlis doa selamat. Para pekerja kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing. Di dalam rumah, tetamu yang hadir sudah mengambil tempat masing-masing. Ruang rumah yang sememangnya lapang bertambah lapang setelah sebahagian perabot seperti kerusi meja dialih untuk memberi keselesaan pada para tetamu. Kaum lelaki duduk di baha...

Open Tracker