Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa itu Zikrullah

ZIKRULLAH (mengingati Allah) yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah,mensucikan-Nya,menyebut kalimah Allah,mengucap 'Subhanallah' dan melakukan pujian dengan berbagai bentuk dan cara. Manfaat zikrullah ini sangat besar sekali sebagaimana firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi: Maksudnya: Wahai anak Adam!Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku di tengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu di dalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku. -Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Nilai Hantaran Orang Utara

Assalamualaikum. Kali ini mahu berbicara mengenai hantaran yang diletakkan semasa majlis pertunangan. Aku orang utara. Hantaran kami tak sama macam sebelah negeri lain. Mula-mula, aku pelik juga sebab orang bising-bising bila ada keluar jadual hantaran yang mana ikut kelulusan si pengantin perempuan. Aku rasa hairan, kenapa mereka bising-bising pada hal kat tempat aku biasa sahaja kalau harga itu, malah kalau ada SPM pun dah sampai tahap RM 8,000. Kemudian, baru aku tersedar, kat tempat aku berbeza. Bagi sebelah utara ni, kami hanya ambik duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas cincin sahaja. Tak ada barang serba satu serba duduk, serba diri, serba baring. Juga kami tak ada minta duit untuk kenduri. Duit kenduri guna duit sebelah pengantin perempuan itu sendiri. Tetapi, ada juga yang mahu minta barang kemas, terpulang kepada pengantin. Aku rasa wang hantaran orang Utara lagi rendah dan murah. Erm, apa nak kata pasal duit hantaran kawan-kawanku. Kes 1 Hantaran 6 ribu,

Pengalaman BERSIH 3.0: Polis Layan Rakyat Macam Penjenayah

Assalamualaikum. Aku kumpulkan cerita-cerita daripada pengalaman mereka yang menyertai Perhimpunan BERSIH untuk kali ini. Diceritakan sendiri dari mulut Encik Mangsor. 1 . Masjid Jamek Mereka mula berkumpul dengan aman. Majoriti 50-50, Melayu-Cina. Tetapi keadaan bertukar huru hara apabila polis atau FRU melepaskan sejenis senjata yang mana apabila terkena badan, ia akan berdarah.  Saiznya sebesar kacang. Kacang hijau atau kacang tanah, tidak pasti. Sikap tolong-menolong dan bersatu terserlah Beberapa kali kedengaran polis mengeluarkan tembakan itu. Semua mereka yang hadir, lari menyelamatkan diri. Namun, apabila berlaku kecederaan, mereka yang berada berdekatan pakat tolong. Encik Rashid berkata, orang cina tolong orang Melayu, tak kira bangsa. Begitu juga ada satu cerita, seorang wanita India membawa anaknya di dalam kereta sorong di jambatan. Orang sudah menjerit kepadanya kerana polis mula menyembur gas beracun, pemedih mata. Tetapi mungkin kerana

Open Tracker