Langkau ke kandungan utama

Catatan

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 25)]: Taman Berbunga Air Mata

BOHONGLAH kalau dikata bahawa mesej pesanan ringkas daripada Murni tidak mengganggunya. Raganya terusik tetapi disebabkan di hadapannya kini ada Amanda Sofea bersama Ajeerah, perasaan gusar itu terpaksa disembunyikan. Diketepikan seketika gundah yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Dialihkan perhatian pada kedua-dua anak gadis itu sebaik sahaja selesai membalas mesej Murni. "Maafkan cikgu," ujar Rania dengan senyuman yang ranum di bibir. Dibetulkan kedudukan sebelum direnung seketika wajah lembut Amanda Sofea sehingga anak gadis itu tersipu-sipu. "Sihat?" tanya Rania sepatah. Amanda Sofea angguk kepala seraya memandang Ajeerah. Dia duduk begitu dekat dengan Ajeerah seolah-olah setiap masa dia memerlukan temannya nan seorang itu. "Ajeerah kata dah dua minggu Amanda tak datang sekolah. Ada masalah besar. Betul ke?" <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&Plu

KESILAPAN DALAM IBADAT&AMALAN AGAMA

Assalamualaikum... 1. SELALUNYA KETIKA KITA SEDANG BERPUASA SUNAT,APABILA ADA ORANG AJAK MAKAN KENDURI,KITA AKAN MENOLAK DENGAN ALASAN KITA SEDANG BERPUASA. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak? 2. RAMAI YANG MENGANGGAP ISLAM INI HANYA PADA IBADAT SAHAJA.HUKUM SOLAT,PUASA,HAJI DIJAGA SEPENUHNYA .  Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .      

Rumah Hangus Terbakar Tapi Al-Quran Terjaga

Assalamualaikum... Itulah, kebesaran ALLAH. Jom, kita baca.. Al-Quran, kain ela tidak hangus RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam. KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api. Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin. Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.  

Open Tracker