Sehijau Daun shared Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan 's photo . Jawapan bagi yang musykil tentang solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO. Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga be rmanfaat Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar? Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb? Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya&q