Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jom Jadi Wanita Cantik - Tak Boleh? Boleh

Assalamualaikum... Entri pesanan dan wanita. ~ Siapakah wanita cantik itu ? ✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah ✔ Dia tersenyum saat tertekan ✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis ✔ Dia tabah saat dihina ✔ Dia mempersona kerana memaafkan ✔ Dia mengasihi tanpa balasan ✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi Jadilah wanita cantik itu :) Aku dapat ni dari kawanku. Sedapkan kata-katanya.. Dapat semangat nak jadi wanita cantik. P/s: Agak sibuk dan letih bila tetamu datang dari siang membawa ke tengah malam sedangkan diri tak larat tapi kena kuat juga walaupun kadang-kadang sakit itu menyerang. Tapi tak nak baring je kot, nanti apa pula kata orang? P/s/s: Aku dengar Keroro pun kurang sihat. Ye ke? Patut la tak berkunjung ke blog aku. Aku sangkakan dia sibuk dengan pelajarannya. Harap cepat sihat ya, Azri. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No

Cermin Mata Lambang Gaya Peribadi

Entri ini adalah super-duper panjang. Harap maklum. Tapi ia amat bernilai untuk tambah ilmu. Maka, adalah eloknya korang baca. ZAMAN ini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar. Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang. Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata. Tidak seperti kebanyakan pengguna yang lebih gemar memakai kanta lekap yang mudah didapati dalam pelbagai warna, cermin mata dapat membuatkan saiz mata kelihatan lebih besar. Cermin mata bukan lagi memberi maksud pemakainya mengalami masalah penglihatan seperti sensitif pada silau atau rabun. Ia kini adalah sebahagian aksesori yang menjadi pelengkap gaya individu. Pilihan cermin mata tampil dalam pelbagai rekaan terutama rekaan klasik yang menjadi kegilaan masa kini. Bingkai ringkas rona hitam bersaiz besar seringkali dilihat menjadi pilihan dal

Uniknya Peribahasa Melayu

Gambar bekas PM kita.. Assalamualaikum. Apa khabar? Kali ini, jom belajar sikit peribahasa Melayu. Aku rasa ramai yang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau. Haha~ Aku dapat ni dari group persatuanku. Bukan group blogging tau. 1. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung = tidak mementingkan diri sendiri 2. Memelihara gajah putih = menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tidak mendatangkan faedah 3. Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok = berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang (Melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan seperti kuda. Meromok = duduk meringkuk) 4. Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran = fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu 5. Syarak mengata, adat menurut = syarak dan adat tidak dapat dipisahkan 6. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah = pergaulan dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak 7. Ma

Open Tracker