Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel diariku

Terima Kasih, Aku Perlukan Seseorang

  Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang prihatin dengan nasibku -eh tetiba pula nak bersedih-sedih ni, namo, namo (tak mau, tak mau). Terima kasih kepada mereka yang berkongsi rasa. Sesungguhnya, baru aku mengerti bahawa manusia dan haiwan boleh berkongsi rasa sayang. Sebelum ini hanya mendengar cerita orang sahaja. Bila lalui sendiri baru mengerti. Mungkin aku rasa keseorangan, tu yang menggila ikutkan perasaan. Dah lima tahun, aku akan sentiasa ada 'kawan' yang akan berkongsi suka duka. Syukur sebab aku berteman. Tetapi apabila ianya tiada, aku jadi semacam hilang arah. Aku tahu, ALLAH mahu mengujiku. Aku tahu DIA mahu aku dekat kepada-NYA. Ya, aku akan semakin dekat dengan DIA. Tapi aku perlukan seorang manusia juga yang mendengar kisah bengonk hidupku. Ada sesiapa sudi tak? Haha~ Aku ni bengonk juga sebenarnya. Bilalah nak dapat itu , itu , nak dapat ini ? Belum masa. Banyakkan berusaha dan bersabar. Emm, jawapan yang tipikal. Salam Maal Hijrah dan buka

Semoga Berbahagia di Sana, Ya

Comel saja, Adik Kecik tidur atas sejadah pada 7hb November, Hari Raya Haji kedua Assalamualaikum. Aku nak cerita pasal kucing. Aku tahu cerita ini memang orang akan kutuk. Ah, lantak la.. Malam tadi, aku dah rasa pening kepala. Pukul 3 pagi, aku mohon undur diri daripada kawan-kawan aku. Aku masuk bilik nak tidur. 3.30 am tetiba rasa badan sangat lemah. Ah, aku kena makan. Mungkin lemah sebab aku skip makan siang tadi. Dalam duk fikir, kalau aku tidur sebab terlalu mengantuk ni, dapatkah tubuh aku memberi aku tenaga untuk beberapa jam lagi sedangkan ianya tak ada? Non sense je kan. Jadi, aku ambik keputusan untuk makan. Pergi dapur dan selongkar apa yang ada. 3.40 am layan lagu dan surah yang ada dalam handphone kesayanganku ini. Tetiba teringat pada anak kucing yang baru meninggal. Aku diserang kesedihan. Mutiara jernih dah membasahi pipi. 4.15 am Mula-mula malas la nak tengok dia. Kemudian tetiba rasa nak sangat tengok Adik Kecik (anak kucing yang mati), takut menyesal na

Membebel Sajalah Kerjanya

Assalamualaikum. Aku nak membebel je entri ni. Hehe~ -Parent aku masih berada di negara Arabs. Alhamdu lillah, sampai seru kedua ibu bapa tercinta ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji dan umrah. Aku bila lagi? Teringinnya sampai ke bumi tempat lahir Nabi s.a.w. Parent aku akan balik 29hb Nov, 2011, dijangka pukul 10.30 malam sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan pesawat KT49. Rindu juga nak bertemu dengan kedua ibu ayahku. Nak ngadu? Tak ada apa untuk aku adukan. Aku jenis tak reti nak adu domba. Aku jenis lurus bendul. Aku tak cakap jahat pasal orang walaupun tahu dia jahat. Maaf, ini bukan tempat untuk aku angkat diri masuk bakul eh terbalik, masuk bakul, angkat sendiri.. Aku cuma meluahkan rasa. Tak perlulah nak lemparkan tuduhan yang meragut ketenangan jiwaku. Aku tak kacau sesiapa, jadi tak perlu kau kacau aku. - Oh ya, mak ayah aku akan sampai. Jadi, aku kena kemas rumah lagi. Harap-harap esok secerah hari ni sebab luas juga rumah a

Kuatkanlah Diri Anda Walaupun Tak Sihat

Assalamualaikum pembuka kata. -Aku cuma nak kongsi rasa sahaja di sini. Kepala aku serabut. Macam-macam yang berlegar-legar macam galaksi bima sakti berputar pada paksi dan berpusing mengelilingi matahari. -Aku hari ini ada juga aku buat blogwalking. Jumpa blog yang biasa-biasa tapi cara penyampaiannya amat menarik. Malangnya aku tak dapat nak tinggalkan jejak. Entah salah blognya yang tak buat pop up comment atau line internet yang menggila. Agak rugi di situ. -Bangun pagi tadi, terus rasa tidak sedap badan. Mahu rasanya menyambung tidur tapi teringatkan adikku yang mengambil peperiksaan SPM hari ni, membuatkan aku menggagahkan diri juga untuk bangun. Kasihan pula melihat adikku kelaparan. Aku juga pernah mengambil peperiksaan, apabila balik, mahu makan, kan. Jadi aku faham perasaan adikku. Jadi keinginan untuk merehatkan badan, ku buang jauh-jauh. -Terasa sangat malas tatkala tangan sudah memegang periuk nasi kerana sakit menghantui badan dan kepala. Tapi aku cepat-cepat abai

Serius, Blog Aku Teruk- Sedihnya

Assalamualaikum. Amaran: Banyak ayat negatif dalam ni. Aku sedih. Blog aku setting lari. Jenuh aku nak dapatkannya balik. Serius, dah dua hari aku fitkan blog ni tak boleh selesai dengan puas hati juga. Sedih sangat bila tengok blog macam ni (untuk pengetahuan, aku guna template simple dari blogger.com). Ruangan menulis menulis sangat kecil dan sidebar kat kanan tak boleh nak laraskan lagi. Bila set bagi lebar, ia akan naik skroll kat bawah. Oh, tidak! itu tidak baik untuk blog. Aku cari template. Apa yang aku jumpa template biasa , sama je dengan kelebaran ruangan menulis. Aku cari template yang orang lain reka tapi nak kena masukkan balik widget-widget semua. Aku tak pandai nak save code widget tu. Bayangkanlah yang ada diindex pun hanya post, tarikh, arkib dan header. Yang lain semuanya tak ada. Aku cari template orang Indonesia tapi tak boleh nak baca langsung codenya. Banyak lagi aku kena fit blog aku ni. Metatag, dan ada lagi yang aku tak ingat namanya, tap

Entri Santai Saja

Assalamualaikum. Apa khabar? Hari ini belajar masak resipi baru. Wah, minggu ni asyik masak je. Best juga memasak ni. Boleh rasa resipi yang baru dan boleh la makan selalu. Yeah, jom-jom gemukkan diri. Haha~ Serius, aku baru 1st time dengar nama resipi kerepek bayam dan pavlova. Kerepek boleh la buat, kalau pastri tu tak boleh la, sebab tak ada bahan-bahan tu. Risau tak jadi je sebab tak pernah rasa, kan. Kalau dah makan, tahu la nak agak. Biasanya, aku baca resipi bagi hadam dan terus masak dengan bahan-bahan yang berada di hadapan mataku. Then, main agak-agak sahaja letak bahan setelah dah hadam. Aku tak suka nak tengok resipi, then buat apa, buat apa. Kang confidence lose. Haha~ Saja ja entri ni. Menggedik. LOL. Kalau Ariff Shah pun dah balik buat entri personal dan ringan, kenapa tidak aku? Hah, bajet je sama taraf dengan otai blog! :P Rasa nak balik buat blog macam newbie, cerita pasal peribadi dan letak gambar banyak-banyak. Haha~ Anything can happen, that w

Rasa Seakan-akan Mahu Berhenti

Assalamualaikum.   Ada masa tu, saya rasa seakan-akan mahu berhenti.   Tapi, bila duduk melihat dan mendengar, dan membaca diksi kehidupan orang..  Mereka lebih besar dugaannya berbanding diri ini.  Pandang ke langit, terasa malu sendiri.  Dalam dunia ini, jika anda merasa ‘rendah’, ada yang jauh lebih rendah dari anda.  Jika anda merasa ‘tinggi’, ada yang jauh lebih tinggi dari anda. – khazinatul asrar- P/s: Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan dokongan ( link ). Tanpa kalian, aku entah di mana. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Akhirnya, Tak Sia-Sia Usahaku. Syukuurrrr Bangat

Assalamualaikum. Aku ada cerita nak kongsikan. Akhirnya, tak sia-sia usahaku. Syukuurrrr bangat. Apakah? Jom baca. ( * tak dapat nak masukkan gambar, line slow. TQ) Hari ni, aku rasa happy sebab:   Pokok Jagung Benih jagung yang aku semai tu akhirnya hidup kat tempat yang ditanam. Aku happy gile sebab hari tu dan kelmarin aku pergi tengok, tapi hampa. Ye la, tempat aku tanam tu mungkin tak subur dan ada semak sikit. Petang tadi, aku saja dan sengaja untuk jenguk lagi kawasan tempat aku tanam benih jagung tu (masih tak terima kenyataan semuanya tak hiidup). Tetiba aku nampak satu lubang tu ada anak pokok jagung. Gembiranya aku. Naik satu pun dah ok la kan daripada tak ada langsung. Kebarangkalian Tumbuh   Sebenarnya kebarangkalian nak tumbuh tu kecik sikit sebab selain tak berpagar dengan elok, ianya juga terdedah kepada mahkluk yang boleh memusnahkan anak jagung seperti ayam makan dan siput babi jihat. Memang mati la kalau kedua-dua jenis makhluk itu jumpa benih jagung

Open Tracker