Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Wanita

Hal Terindah Dari Wanita

Assalamualaikum. Hal terindah dari WANITA adalah: Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA.  Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH. Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH. Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT." Jom jadi wanita SOLEHAH! Fokus utama untuk jadi SOLEHAH. Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL. Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja. Semoga anda dapat sesuatu =)

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum. Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus . Nampak sangat berbezanya. Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria. Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta. Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang. *topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan Kesimpulan Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, k

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC   Tengkorak (human sku ll) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki,

Nak Cari Calon Pasangan

Assalamualaikum. Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'. Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar. Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya.. Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran. Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension. Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak. Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin? Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin

Sweetnya Mamat Tu, Ko Ada

Assalamualaikum. Kalau orang sayangkan kita, memang nampak sweet je kan? Haha~ Apa yang aku merapu ni? Aku tengok satu rancangan hiburan. Ada diajukan soalan mengenai hubungan yang tak berapa nak jadi. Artis tu cakap kepada mak wenya: "Ai awak, apa khabar? Awak sihat? Anak-anak sihat? Minta maaf kalau awak masih marah. Sayang awak, muah."  Dia cakap lagi, "plan nak pergi tengok Ombak Rindu tapi hubungan ni yang berombak. Haha~" sambil meletakkan tangan ke kepalanya. Auw, so sweet okay. Mamat tu juga ada ciri-ciri kepimpinan yang baik, berbincang dulu sesama mereka.   Nape la rasa rindu nak macam yang dulu-dulu lagi? Sha sedarlah, semuanya dah berlalu dan takkan kembali. Sad. Best juga apa duk sorang-sorang. Single is simple. But two better than one. P/s: sukanya lelaki macam tu.. Mamat tu? Mamat tu kayu.. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt thei

Dah Pandai Masak, Boleh Kahwin

Assalamualaikum. Aku sajikan korang dengan cerpen. Kalau dah cerpen, agak panjang. "Mana kakak?" "Duk masak." "Masak apa tu?" Sapa abang iparku di muka dapur, mengejutkan aku dari lamunan, berkira-kira untuk mengagak sukatan yang tepat meletakkan garam pada sebatian tepung. "Goreng lauk," jawabku, selindung resipi yang aku mahu masak. Kebetulan ikan sedang dimasak dalam kuali. Abang ipar menghampiri. Dia belek-belek sebatian tepung yang diletakkan atas para lantaran aku perlu mengalih ikan dalam kuali. "Apa ni?" "Cucur" "Cucur ke?" Alah, dia soal pula, tau la dia pandai masak pun. "Udang goreng mentega", jawabku acuh tak acuh sebab aku sibuk di dapur sekejap ke frigde ambil bahan nak masak. Aku kena cepat kerana sudah masuk waktu Maghrib, nak siapkan makan malam, mandi dan solat. Dah la sedari tadi lagi aku berjam-jam kat dapur kerana menolong emak membuat kuih. Alih-alih, mak tinggal

Sedapnya Resipi Tepung Pelita Ni

Ni adalah kek, okay bukan kuih tepung pelita. Kenapa tepung pelita? Entah, mungkin sebab ada dua warna kot. Nak resipi tepung pelita, ada kat bawah ni. =) Assalamualaikum. Aku baru berjaya membuat kuih tepung pelita yang aku teringin nak berprojek pada dua tiga hari lepas. Banyaknya halangan. Hari ni pun sama tapi aku tekad nak buat jugak. Aku rancang dari awal-awal. Buat bekas guna daun pisang. This is my first time cooking that. Sedap pula. Sukanya. Hehe~ Aku kasi korang resipi yang aku ambik dari internet dan ubah suai ikut ilmu dapur yang aku pelajari. Hehe~ Bahan untuk membuat Tepung Pelita Lapisan bawah -warna hijau 1 cawan  tepung beras 5 cawan air 5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air di atas dan ditapis) 1 cawan gula   Lapisan atas – warna putih 4 sudu besar tepung beras (ratakan) 4 cawan santan (guna 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air) 1 tsp garam (ratakan) boleh masukkan bunga cengkih 2 kuntum dan sedikit kulit kayu manis utk membuang bau tak se

Macam Ni Ke Nak Berkawan

Assalamualaikum. Entri di bawah adalah penuh emosi. Bencinya. Menyampah betul la. Berkawan? Memang senang tapi kadang-kadang perlu ikut peraturan/norma budaya jugak. Ok, aku bagi korang case study. Kes 1 Ada sorang blogger ni yang suam-suam kuku. Dia singgah kat page facebook korang, dan tinggalkan spam kat setiap satu link blog korang. Tak cukup dengan tu, dia tulis juga kat wall korang suruh korang masuk ke blog dia. Korang dah kenal dah dia ni jenis nak kan trafik je. Korang pernah masuk blog dia dan komen-komen. Tapi haram dia nak balas balik kunjungan korang. Begini ke cara nak kawan dengan blogger? Kataku: Maaf ye, pada aku, bukan begini caranya. Caranya mudah jer, datang ke blog, komen entri. Tapi jangan pula spam link kat ruangan komen. Dapat ke aku, terus padam je. Kehkeh, nampak sangat orang macam tu nak kan perhatian, mental disorder. Annoying, tau tak? Maaf la ye, aku tak hingin trafik yang entah pape. Aku mahukan pembaca. Bukan follower, bukan pencari

Jom Buat Projek

 Ni agar-agar lumut Assalamualaikum. Korang pernah tak, tak sama plan untuk buat sesuatu projek? Aku pernah. Aku nak buat tepung pelita tapi mak ajak buat kuih lidah buaya (orang utara panggil kuih lapis). Nampaknya, plan projek aku terpaksa ditunda. Mungkin petang ni atau esok saja lah. Ok la, mak dah panggil ni. Jom buat projek masak memasak. Best juga bila masak ni =) Up date: aku masukkan rupa kuih lapis tu, ramai yang tak kenal sebab nama lain. Haha~ Ni masa belum masak Oo yeah, dah masak Namanya kuih tiram / kuih lidah buaya / kuih lapis / kuih layang-layang. Sumber gambar: minta kat pak cik Google Kalau korang nak resipi dan lihat langkah demi langkah bergambar, boleh klik sini, aku cari khas untuk korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat ba

Psst, Ada Rahsia Nak Bagitau

Assalamualaikum.  Psst, aku nak tau korang rahsia. Jangan bagitau sesiapa ya. Aku ada minat kat bloggers. tapi Baki tetap di hatiku. Kah kah. Ok, sambung balik. Bukan sorang dua, ramai juga la blogger yang aku minat tu. Haha~ Gediks. Diorang ni kawan aku juga la. Rapat. Tetiba semalam, dua-dua cakap mengenai teman wanita mereka. Aduh, melepas la aku. Wakaka~ Yang sorang tu mengadu dia tak nak ada apa-apa perasaan kepada perempuan, sebab ramai duk goda dia. Sorang lagi pula minta pendapat bagaimana nak pikat hati teman wanitanya. Sebagai kawan yang baik, aku pun berilah komitmen aku kepada mereka. Oh ya, bukan komitmen dengan mereka. Tapi aku bagi nasihat yang terbaik buat mereka. Dah jadi macam perunding dan doktor cinta pada diorang pula. Hakhak~ Habis tu, aku? Tak ada peluang la nak masuk jarum.  Haha~ Kalau bukan jodoh aku, tak ada la.. Tak kisah lah, janji kawan-kawan aku bahagia. Tak pe, tak pe. Ada lagi yang masih dalam senarai yang belum berpunya. Haha~ Gediks gi

Tips Persediaan Bila Ada Orang Nak Masuk Dapur Kita

Assalamualaikum. Meh baca sketsa ni:  "Esok, Mak Njang nak tolong masak." 'Ha, nak tolong masak?' Nampaknya bertambahlah tugas aku. Bukan apa, kalau kita masak sendiri, dapur sendiri tak de la kisah sangat. Tapi kalau ada yang nak tolong masak, kena la dapur lebih kemas. Meh baca persediaan untuk dapur kita dimasukki orang. 1. Peti sejuk   Perlu pastikan kemas dan bersih. Barang-barang perlu teratur dan tersusun. Tak boleh bersepah-sepah. 2. Kain buruk Kain buruk kena bersih putih suci murni gitu. Kalau guna sendiri, kita tahu la kan mana satu kain buruk buat angkat periuk, lap meja dan lap pinggan. 3. Periuk belanga Kalau guna sendiri tak kisah pun warna apa tapi kalau ada yang membantu kenalah bersinar-sinar. 4. Pinggan dan cawan Yang ni pun kena beri perhatian jugak. Orang datang dan nak makan juga, paling tidak pun minum segelas air. Jadi kena la pastikan set peranggu meja ini sentiasa elok dan sedia untuk digunakan. 5.

Lelaki Penuh Dengan Ego?

Assalamualaikum. Semalam, ah bagaimana untuk aku huraikan dan leraikan perkataan yang tersekat di kerongkongku ini? Lelaki penuh dengan ego. Aku cuba uraikan. Mula-mula, aku rasa mahu sahaja hamburkan api amarah ini tapi aku berfikir balik, untuk apa kalau ditambah minyak pada api? Buat tambah bara saja. Akhirnya, aku akui bahawa aku kena deal dan tolerate dengan kaum yang bernama lelaki yang memiliki ego. Siapa? Lelaki mana? Sesiapa sahaja yang bergelar lelaki. Aku kena jaga ego mereka dan tak boleh cakap banyak. Diam-diam sudah. Kesimpulan Aku kena banyak bersabar dan mulut tu jangan nak hembus ikut suka sahaja, kena ingat mereka mempunyai ego. Betul tak wahai lelaki? Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Wanita Dibenar Letak Syarat Halang Poligami

Assalamualaikum. Aku rasa ada eloknya aku kongsikan pada korang pasal wanita dibenar letak syarat halang poligami. Aku yakin ramai yang tak tahu pasal penambahan pada lafaz taklik pertahan kebajikan isteri. Kuala Lumpur - Wanita boleh meletakkan syarat tambahan, termasuk tidak membenarkan suami berpoligami atau melarang isteri bekerja dalam lafaz taklik memastikan kebajikan dan nasib mereka selepas berkahwin terjamin. Tidak disedari Syarat tambahan itu yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Keluarga Islam adalah antara perkara yang dibenarkan tetapi tidak disedari kewujudannya hingga menyebabkan kebanyakan wanita yang ingin berkehawin hanya merujuk syarat dan perjanjian yang ada pada Surat Perakuan Nikah. Lafaz taklik pada Surat Perakuan Nikah lazimnya hanya meliputui syarat yang membolehkan isteri memohon cerai sekiranya suami tidak nafkah selama empat bulan terturut-turut atau lebih, suami meninggalkan isteri tanpa sebab dan suami mencederakan dan menyakiti isteri.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker