Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Politik

Minyak RON95 Naik dan Naik Minyak

Assalamualaikum. Topik panas dan mendidih sekarang ni pasal kenaikan harga minyak la. Aku ambik sumber dari facebook. pakar ekonomi Najib Razak berkata, dgn 20 sen subsidi petrol dikurangkan, maka KERAjaan BN jimat RM 1 Billion hingga akhir tahun 2013! jom kita kira! - 3 bulan = RM 1 Billion, maka 1 bulan = RM 333 juta, 12 bulan = RM 333 juta x 12 = RM 3.99 Billion utk 20 sen! jika 60 sen = RM3.99 Billion x 3 = RM 11.9 Billion setahun atau dari RM 1.90 seliter kepada RM 1.30 seliter! - IPP syarikat letrik kapitalis subsidi RM 22 Billion! - wang negara tiris setahun RM 28 Billion! - minyak untuk rakyat hanya RM 11.9 Billion setahun utk minyak turun RM 1.30 seliter tidak mampu? Dipetik dari: Pakatan Rakyat Supporters 's status . Hot Topik Topik hangat di profile fb saya hari ni adalah berkenaan harga minyak.. dikatakan harga minyak naik 20 sen.. Pandangan saya: kalau setakat harga minyak yang naik tidak menjadi masalah, tapi nanti mesti harga barang l

PTPTN dan CRISS: Cerita yang Mudah Difahami

Assalamualaikum. Hari ini aku nak cerita pasal hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh nak dimasukkan ke dalam CCRIS. Aku pun faham dari sini. Okay, korang baca dulu. Ramai yg kurang tahu apa itu CCRIS Dan Kesannya Bila Nama Anda Direkodkan Dlm Sistem Tersebut... Jom layangzz cerita pendek ni bagi memudahkan pemahaman tentang CCRIS... KISAH NAJIB DAN CCRIS Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib  juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Marilah Mengundi, Tanggungjawab Kita di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum.. Entri kali ini, aku nak cakap pasal politik sikit. Yeah, memang dah sampai tahap bosan muntah hijau (eh, muntah hijau tak boleh sebab takut bias ), ok guna muntah pelangi dah, kalau sebut bab politik ni. Serius! Aku yang berminat pasal politik ni pun rasa dah bosan tahap gaban, apatah lagi sesiapa yang tak minat tu, mesti dah muntah pelangi, kan? Hahaha~ Tapi (sila baca dengan bunyi dentuman guruh), kalau kita tak mengundi, kita akan ditanya di akhirat kelak, pemimpin mana yang telah kita pilih. Pemimpin yang adil, yang menegakkan hukum Islam atau tak. Ui, kat Padang Mahsyar, tak ada siapa nak tolong kita dah (seram). ----------------------------------------------------------------------- Di sini, aku nak kongsikan dengan pembaca budiman, yang mana aku petik dari twitter Baziran Nasional . Bab judi -Tengok apa jadi pada orang Islam Malaysia. UMNO ajar mereka supaya ragu-ragu akan undang2 Islam yang sebenar dan yakin dengan judi. -Judi ni bawa masalah lebi

Politik: Jangan Taksub Sangat La

Gambar diambil dari sumber . Assalamualaikum. Pendahuluan Ini adalah entri membuka minda anda. Kalau anda masih mahu berfikiran kolot dan jumud, elok benarlah membacanya supaya terang hati perut anda. Tetapi tahap kepedasannya mungkin membakar hati anda. Sabar, saya hanya rakyat Malaysia yang ingin membuka minda rakyat senegara dengan saya supaya dapat berfikir dengan sewajarnya. Sekarang ni riuh pasal isu politik itu ini. Baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Yang ahli atau pro-kerajaan dan pro-pembangkang ini asyik bergaduh sahaja, keluarkan apa yang pemimpin-pemimpin mereka utarakan. Kalau setakat perbincangan elok-elok tak apa la. Tapi sampai keluarkan perkataan berbaur negatif, tu yang tak elok. Kalau macam ni, sampaikan kiamat pun tak kan habis. :P Tujuan buat entri politik Politik? Sebenarnya aku malas nak tulis bab ni. Pembaca aku tak berminat. Sumpah, kalau aku tulis pun, tak ramai yang akan komen apa yang aku tulis dan tak ada trafik mencanak pun masuk. 

Open Tracker