Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pesanan

Apa itu Zikrullah

ZIKRULLAH (mengingati Allah) yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah,mensucikan-Nya,menyebut kalimah Allah,mengucap 'Subhanallah' dan melakukan pujian dengan berbagai bentuk dan cara. Manfaat zikrullah ini sangat besar sekali sebagaimana firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi: Maksudnya: Wahai anak Adam!Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku di tengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu di dalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku. -Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Wahai Lelaki, Utamakan Ibumu

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA LELAKI !!! Utamakanlah IBU anda terlebih dahulu berbanding ISTERI/AWEK anda.. Kerana walau secantik mana sekalipun isteri anda.. Berleher jinjang..Hidung bak seludang..Rambut ikal mayang..Pipi... bak pauh di layang-layang..^__^.. Isteri anda belum tentu dapat membantu anda ke syurga.. Tapi..Sehodoh mana pun Ibu anda..Berkedut sana sini..Beruban d merata tempat..Hatta tidak sempurna fizikalnya.. Tapii..ITULAH SYURGA ANDA SEBENARNYA !!

Hal Terindah Dari Wanita

Assalamualaikum. Hal terindah dari WANITA adalah: Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA.  Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH. Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH. Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT." Jom jadi wanita SOLEHAH! Fokus utama untuk jadi SOLEHAH. Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL. Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja. Semoga anda dapat sesuatu =)

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum. Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus . Nampak sangat berbezanya. Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria. Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta. Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang. *topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan Kesimpulan Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, k

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC   Tengkorak (human sku ll) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki,

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku jumpa dan tahu. Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, disarankan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya kita terpelihara daripada perbuatan yang didalangi syaitan ini. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan. Elakkan merenung mat a orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat. Aku selalu je jalan sorang-sorang ni. Kena lebih berwaspada. Satu lagi kena jaga beg dari kena ragut. Jenis-jenis pukau yang biasa digunakan : Asap rokok Renungan Minyak wan

Siapa Ada Ilmu, Jangan Bangga Diri

JANGAN BANGGA DIRI: Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. suatu hari pernah berkata, "Aku termasuk orang yang dalam ilmunya." Dan di lain waktu ia juga berkata, "Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku." Maka, ketika ia pulang ke rumahnya, Allah mengutus seorang malaikat yang menjelma sebagai manusia. Malaikat itu mengetuk pintu rumahnya, dan Ibnu Abbas r.a. pun keluar untuk membukakan pintu bagi tamunya itu. Malaikat lalu bertanya kepadanya, "Hai Ibnu Abbas, apa pendapatmu mengenai semut yang kecil bentuknya, di mana letak nyawanya ? Apakah di bahagian depan atau bahagian belakangnya ? Ibnu Abbas r.a tidak mampu menjawab, lalu ia segera masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Kemudian ia berjanji pada dirinya bahawa ia tidak akan lagi mendakwa diri memiliki ilmu selamanya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 76).

Orang Umno Liat Solat, Orang Pas Ahli Masjid

Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit. Er, kalau cerita sikit bukan cerita tapi nak cuit sedikit pasal politik. Aku tak masuk mana-mana belah parti politik. Jadi, harap sangat sesiapa yang membaca di sini dapat berfikiran dengan terbuka dan waras. Sepanjang umurku 27 tahun ini, aku ada beberapa orang kenalan yang memang aktif dalam bidang politik. Kalau sebut orang Melayu Malaysia ni, sudah pastilah dua buah parti yang paling menyerlah iaitu UMNO dan PAS. Kawan-kawan aku pun memang berada di dalam kedua-dua parti ini. Secara umumnya, persamaan kedua-dua parti ini adalah kepunyaan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi mereka memegang wadah perjuangan Melayu dan Islam. Apa yang membezakan mereka ialah bagaimana ketaatan kepada Tuhan. Itu isu yang aku nak jentik sikit. Hehe~ Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan aku yang aktif jadi wakil UMNO ni, solat pun entah ke mana. Tapi kawan-kawan yang ahli PAS, alhamdu lillah, dialah ahli masjid. =) Jadi, kita sama-sama Melayu.

Orang Sayang Bila Kita Berbudi Bahasa

Assalamualaikum. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. Tapi sekarang ni, aku dah makin banyak bercakap dan orang kata aku bukanlah seorang yang pemalu. Ok, dah aku seorang yang pemalu dan pendiam, jadi, aku tak banyak cakap. Orang anggap aku tak berapa hormati orang dalam maksudnya lain, kurang adabnya. Contohnya, nak berlalu ke tempat lain, kena minta izin. Bebaru ni, aku beradab sopan dengan orang. Apa yang bestnya, orang dua kali ganda beradab, hormati, sanjungi dan sayangi aku. Apa yang aku belajar, orang yang sopan ni, orang lihat dia ada kelas yang tersendiri. Sebab tu orang pun beradab jugak. Kalau tak orang tu tak beradab balik, dia akan malu sendiri tanpa ada sesiapa pun bagitahu mahupun marah. See, aura adab ni kuat juga kan.. Jadi, marilah kita beradab sopan. Budi mulia budaya kita. Terima kasih sudi baca. Untuk SW, terima kasih. Awak banyak ajar saya tentang kehidupan.

Rezeki, Lagi Sedekah Lagi Bertambah

Assalamualaikum. Wah, rasa happy pula bila dapat duit RM2 dari Nuffnang sebab minggu lepas tak dapat apa-apa pun, sesen pun tak naik. Sedih juga la padahal ada je iklan dia duk merayap. Haha~ Tak pe la, dah namanya rezeki bukan kita tahu pun kat mana rezeki nak datang kan? Yang penting kita enjoy! Eh, tak.. Yang penting kita buat baik, insya-ALLAH cepat la dapat rezeki kita tu. Sebut pasal rezeki ni rasa nak mengulas bab rezeki jugak. Rezeki ni orang kata antara rahsia ALLAH. Rezeki itu ALLAH akan bagi kepada sesiapa sahaja, maksudnya semua orang ada rezeki masing-masing. Aku pernah baca dalam buku, kita dilahirkan dengan 4 perkara yang telah ditetapkan : 1. Jodoh 2. Ajal maut 3. Rezeki 4. Amal hidup kita (Aku selalu terlupa yang satu ni). Rezeki juga didatangkan dengan pelbagai bentuk. Bukan duit dan harta benda je rezeki.. Rezeki ni apa yang aku faham adalah sesuatu yang menyenangkan. Perkara positif. Contohnya, hati senang, itu rezeki. Kesihatan, itu rezeki. Bukan na

Jika Benar Seseorang Lelaki Cintakan Wanita

Assalamualaikum. Wahai adam, jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ   ☻♥☻ /█\ /█\   •.♥• .||.    ||. •.♥• •.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH, •.♥• Nasihatilah dia, •.♥• Perbetulkan kesilapannya, •.♥• Jagalah dia dgn baik, •.♥• Kasihanilah dia, •.♥• Lindungilah dia, •.♥• Berilah kasih syg padanya, •.♥• Hargailah dia, •.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya, •.♥• Bersabar dengannya, •.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya, •.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya.. ✿ Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin ツ   Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Kau Ingat Kau Hebat Ke? Jangan Ganggu Aku

Assalamualaikum. Aku tengah ting tong. Rasa banyak sangat masalah duk bergayut dalam kepala ini. Tapi apa yang aku mampu buat ialah diam dan diam. Bebaru ni dan lama juga, ada orang bertengkar dengan aku kes info. Kes info betul dan sahih. Aku malas nak cakap banyak la walaupun sepatutnya aku ada hak. Biar la, malas nak burukkan keadaan. Aku cuma akan berpegang kepada apa yang aku faham. bukannya aku tak ada idea, tapi betul-betul malas nak bertengkar dengan orang yang tak boleh terima ilmu. Kalau ko dah tak boleh nak terima ilmu, hormati ilmu, buang masa sahaja aku nak berterangkan. ibarat menyuluh ke bulan sabit di tengah malam pekat hitam, tak nampak apa-apa pun ke bulan. Untuk mereka itu, minta maaf, aku ada prinsip aku sendiri. Aku terima sesuatu info itu, aku akan pastikan info yang sahih berdasarkan sumber. Aku bukannya budak sekolah menengah menulis karangan tiada petikan sumber untuk dipercayai. jadi, ko suruh aku percaya akan kata-katamu dan sebarkan kepada ora

7 Sebab Malaikat Jibril Ingin Menjadi Manusia

      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum. Aku nak kongsikan kepada kaum Muslimku..   Wasiat : Sebab Malaikat Jibril Ingin Menjadi Manusia " Wahai Ali ! Jibril berangan-angan hendak menjadi manusia kerana 7 perkara; 1. Sembahyang lima waktu bersama imam. 2. Duduk bersama ulama'   3. Menziarahi orang sakit 4. Mengiringi jenayah ke kubur   5. Menyediakan air untuk minum   6. Mendamaikan dua orang yang berbalah   7. Memuliakan jiran tetangga dan anak yatim."   Maka bersungguh-sungguhlah kamu di atas perkara tersebut Dah pernah dengar juga tapi dah terlupa, biasalah manusia kan selalu apla. Hati manusia juga perlu dibersihkan setiap 40 hari dengan ilmu agama. =)     Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! <!-- nuffnang --> <script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "0e99540378d786b3364a4969dff0

Open Tracker