Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Persahabatan

Peningnya dengan Korang

Assalamualaikum. Minta maaf, sehari dua ini aku buat entri peribadi je. Kepala aku serabut kot, macam-macam yang bermain di fikiran. -Dia tu asyik cerita pasal politik dan kaitkan dengan agama. Pening aku membacanya.. - Dia tu duk sibuk dengan gf - menyampah -Diorang sangat sibuk dalam minggu ni, banyak event besar. Aku rasa nak tolong tapi tak boleh. Aku hanya mampu melihat tanpa dapat menolong. Argh, terseksa jiwa.   - Dia dah nak putus dengan bfnya. -Kesian aku tengok. Serius aku pening. Rasa nak buang je ingatan kepala aku ni.. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Terkejut dengan Pemergianmu

Assalamualaikum. Selamat hari raya. Terkejut aku hari ni apabila mendapat perkhabaran buruk daripada adik-adik kesayanganku di UUM, bebudak persatuan. Pesanan yang dibawa adalah Mantap YDP PSSCM UUM, Sallehudin Mat Lazim telah kembali ke rahmatullah. Ya ALLAH, patut la aku rasa lain je bila nak dia komen dalam group fb PSSCM UUM, bebaru ni. Tapi, aku tak tegur. Tak percaya Malam tadi, aku sudah mahu melelapkan mata sebentar akibat tak tahan sakit kepala (sedih sebab kehilangan arwah juga). Tapi bila dengar berita Buletin TV3 -kemalangan dan nama yang disebut adalah rakanku, aku terus bangun dari katil dan cakap, "kawan aku tu," sampaikan kakakku berasa hairan, tetiba saja aku keluar bilik dan cakap macam tu. Aku tak maklumkan pada dia tapi aku bagitau pada adik-adikku. Diorang faham la bila aku sebut "kawan aku tu". Kakakku yang kehairanan bertanya, "ye ke mati?" "Ye la." "Sallehudin tu kawan ko ke?' "Ya. Memang kawa

Aku Tak Berharap Untuk Menjadi Orang Terpenting dalam Hidupmu

Assalamualaikum. Tetiba bila baca ayat ni, teringat kepada dia. Alhamdu lillah, aku dah boleh melupai dia tapi kadang-kala kerinduan itu singgah jua. Entri ini sekadar nak bagi dia tahu (kalau la dia membaca blog ni), ayat di atas ditujukan kepadamu walaupun apa yang kau dah buat padaku tak kan diterima akal. Nanti-nanti la aku cerita panjang. Oh ya, untuk korang sudi-sudilah jadi teman rapatku =) Ku hulurkan tangan berjabat salam persahabatan =) Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.               

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan

Assalamualaikum. ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan... ♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak, ♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta ♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemu/bersama ♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi, ♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati. ♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT" Subhanallah, kadang-kadang kita tak tahu dan tak menyedarinya pun, kan? =) Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

YM yang Baik Sangat denganku. Terima kasih YM!

Assalamualaikum... Entri peribadi. Tak habis-habis dengan entri peribadikan? Mesti ada yang bosan. Haha~ (Siapa YM? Jap, baca yang ni dulu.) Sorry la ek. Bila ada masalah, kepala tak dapat nak focus sangat. Boleh tu boleh tapi nanti perasaan sebal tu akan tetap ada. Jadi rasanya eloklah diluahkan di sini. Kawan? Ada kawan tapi aku tak nak susahkan mereka. Aku kalau ada masalah, aku selalu cari orang yang aku tak kenal rapat seperti kawan-kawan Yahoo Messeger (YM). Aku rasa dengan itu, masalah aku lebih terjaga sebab kita dengan dia kan tak berapa kenal sangat. Kadang-kala, aku selesa begitu. Aku tak kenal diorang sangat dan diorang pun tak kenal aku sangat. Jadi tak dapat la nak buka rahsia disebabkan masalah aku. Hehe~ Bijak tak aku? Haha~ Bijak la sangat.. Perasan! Kadang-kadang, apabila kawan-kawan di dunia sebenar sibuk dan serabut dengan masalah sendiri, blog bukan lagi tempat yang menjaga rahsiaku dan facebook tempat menayangkan segala permasalahanku, aku pil

Kejutan Semasa Wish Happy Birthday

Assalamualaikum... Entri peribadi dan persahabatan. Malam tadi, aku lepak kat facebook. Biasala kan nak tengok up date dari kawan-kawan dan ping entri blog. Bila ada naik birthday today, aku pun wish la. Biasanya aku wish dengan kawan-kawan yang rapat jer. Yang langsung tak kenal atau tak pernah pun bercakap apa-apa kat wall, ikut mood la. Kalau aku rasa mood ok nak wish, aku wish. Malam tadi, aku wish la dekat kawan-kawan rapat. Tetiba ada orang komen kat wish aku. Tapi lambat baru aku check sebab aku ada hal lain sedang buat. Bila dah semuanya tak sibuk, aku pi check. Terkejut bila kawan dia cakap bukan-bukan. Ni wish aku: Happy Birthday Mie. Lama tak lepak sama-sama =) Aku harap boleh lepak dengan dia lagi. Lama gila tak lepak dengan dia.. Tak ada gaduh tak ada salah faham. Mungkin kesibukan masing-masing menyebabkan kami terpisah sementara. Aku berharap wish HB kali ni membuka lembaran baru dalam hubungan teman tapi mesra kami ni. Kawan dia balas: Awak dah ta

Tips Atasi Celcom Broadband Buat Hal- Limit Sudah Habis

Assalamualaikum. Aku geram sebab celcom ni macam ambik kesempatan pula. Dulu kata on line la selama mana dan sebanyak mana dan tanpa limit. Alih-alih, dia tukar kepada limitkan pula. Aku dapat tau perkara ni agak lama dulu, ada blogger otai bagitau. Tapi masa tu aku tak merasa lagi. Hari aku sudah kena, dia dah bagi notice yang limit dah nak habis. Wah, sukanya ko main limit-limit ye. Dah la line pun bukannya laju, semput jer. Sebab tu la aku terpaksa guna sampai nak habis limit. Grr.. Walau bagaimanapun aku bersyukur sebab teruk-teruk pun kat tempat aku ni, ada lagi tempat yang lebih teruk, macam kat rumah kakakku di Melaka. Lagi la angin, up grade pakej tapi line sangat teruk. Mendukacitakan.. Aku pula, dah la aku bayar mahal, RM70 sebulan pelan GPRS je. Memang la rasa tak banyak sangat tapi bagi orang yang tak de pendapatan tetap macam aku ni, sakit jugak la. Er, ada tak sesiapa sudi nak bayarkan broadbandku? Haha~ Bajet je ada orang sudi! So, cara nak atasinya? 1. Le

Aku Sakit Tapi Tak Perlu Ko Tahu

Assalamualaikum... Entri peribadi. Dia: "Bila kita sakit, kita perlukan orang untuk memberikan perhatian kepada kita kan?" Aku: "Tapi aku di sini bukan nak tarik perhatian sesiapa. Oh, tidak.. Aku tak lah semurah tu." Aku pun bukannya nak tagih simpati korang. Aku: "Aku cuma nak cakap, aku kurang sihat." Aku sakit. Dia: "Sakit apa? Bagitau la.." Aku: "Biarlah menjadi rahsiaku. Tak la teruk sangat. Tak perlu risau" Dia: "Tak teruk? Suara ko lain. Lemah jer. Muka ko pucat. Air mata ko mengalir. Aku pasti sangat sakit, kan?" Aku: "Hmm.. Tapi, tak perlulah ko endahkan aku. Aku bukan sesiapa." Dia: "Habis tu, aku ni sape?" Aku: "Ko kawan aku. Kawan baik aku." Dia: "Ha, tahu pun.." Aku: "Ya. Aku minta maaf menyusahkan ko. Aku tak nak ko tahu aku sakit." Dia: "Be tough, k. Aku tahu, ko tak nak orang tahu ko sakit. Aku tahu, ko cuba sembunyikan suara lemah

Perihal seorang Aku... Sha (11)

Assalamualaikum... Entri peribadi. Lama rasanya aku tak menulis dalam siri Perihal seorang Aku... Sha ni. Last tulis dalam bulan April 2011. Sekarang dah hujung bulan Julai. Pagi tadi, aku bermimpikan er.. tak de nya aku nak mimpikan apa-apa. Haha~ Pagi tadi tidurku terganggu dek kerana bunyi mesej yang masuk ke handphone hadiah dari ayah. "Selamat berpuasa dan selamat pengantin baru" - KH. Tersenyum juga aku sendirian. Apa la yang 'ayahanda' fikir ni? Tengahari, aku dapat berchat dengannya. Nak balas mesej, kredit baru jer expired malam tadi. Aku terangkan yang kredit habis. Tiada respons. Bila aku nyatakan yang aku tidak pernah berkahwin, cepat je dia balas. Oh, hati lelaki yang seorang ini... Dia kata dia dapat tahu dari blog aku dan entri ini 4 things make me happy

4 Thing Make Me Happy Today

Assalamualaikum... Entri peribadi. Perasaan bercampur baur. Tapi semuanya perasaan yang positif. TQ Ya ALLAH.. Syukur kerana aku merasai nikmat iman dan Islam.. Eh, lari dari tajuk plak. Haha~ Hari ini aku terima berita-berita yang menggembirakan.. 1st, mestilah mengenai hati dan perasaan. Terima kasih, awak. Bertuah saya kenal awak, awak seorang yang baik. Er, tak boleh cakap banyak-banyak. Sebab kita hanya mampu merancang, DIA yang akan menentukan segalanya.. Semoga apa yang dirancang, akan diberkati-NYA. 2nd, ada terbau .. nasi minyak? Tak la.. Terbau peluang kerja. Belum dapat lagi tapi terasa happy sebab dah rasa bosan duk saja ni.. Haha~ So excited kan? Kalau korang tak pernah rasa duk rumah tanpa kerja atau perkataan yang difahami ramai, menganggur, korang tak kan tahu betapa gembiranya bila dapat tau ada kerja menanti anda. Syukur ya ALLAH =) Semoga aku cepat dapat kerja dan boleh membantu pembangunan negara. Ewah, macam la penting diri ko tu.. Haha~ Ma

Kenapa Letak Bloglist Otai? Satu Persoalan Besar

Assalamualaikum... Entri pasal dunia blog. Entri ini agak sinis. Sesiapa yang terasa, memang patut. Itu memang tujuan dan niat aku. Aku nak bagi korang terasa dan berfikir sikit. Kita ni sebagai blogger jangan jadi blogger yang dicucuk hidung. Aku baru jer perhatikan perkara ni bila masuk blog-blog  yang aku jelajah termasuklah blog korang. Korang ada terfikir tak perkara yang sama? 1. Kesan dari blog otai? Adakah kita rasa blogger otai tu yang satu Malaya kenal dia tu sangat membawa kesan kepada blog kita? Adakah dia pernah selamatkan kita? Did he/she ever save ur life? Aku yakin. Dia (blogger otai) tu bukannya kenal korang pun. Entah-entah tak pernah jejak blog korang pun. Nak tinggalkan komen apa entah lagi. Jadi, kenapa nak sokong sangat dan letak kat bloglist yang paling atas sekali? Jeles? Aku tak jeles. Cuma aku terfikir kenapa korang nak letakkan blog dia dan agungkan sangat? Kenapa tak letakkan bloglist kawan-kawan korang dulu, baru la bloglist blogger otai?  Ad

Open Tracker