Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerpen

Cerpen Viral Datuk Sri Sanusi Md Nor Yang Bertajuk Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan

Kali ini, mari kita telusuri cerpen viral Datuk Sri Sanusi Md Nor Yang Bertajuk Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan. Cerpen ini juga memang menapat populariti yang tinggi. Boleh baca cerpen beliau Diterima dan diusir. Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan Hujung tahun 1991, Menjelang peperiksaan amali SPM.... Pagi itu Cikgu Suaidi Saad datang berjumpa. Dia mengajar Matematik tambahan di kelas 5 Sains. " Sat lagi kamu akan dipanggil mengadap lembaga disiplin. Kamu akan didakwa atas beberapa kesalahan yang membolehkan kamu dibuang sekolah. Saya harap kamu akan menjawab dengan tenang mempertahan kan diri, jangan rasa takut dan bimbang. Kalau kamu tidak bersalah, tiada sapa pun boleh buang atau gantung kamu. Saya sentiasa di belakang kamu." Berbanding sekolah lama, SM Sik lebih terkehadapan dalam isu tindakan disiplin. Sekurang-kurangnya aku di beri peluang untuk bercakap membela diriku sendiri. Aku bercakap dalam hati. Baru kelmarin polis datang ke sekolah bertanyakan pihak sekolah te

Open Tracker