Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Semai Bakti Untuk Masa Di Sana

Assalamualaikum. Ku renung diri, kadang-kala terasa betapa diri ini terlalu kerdil dan kecil. Lebih terasa kerdil dan kecil apabila memikirkan berada di hadapan Tuhan. Kerdilnya diri ini. Orang lain banyak amal ibadatnya. Kecilnya sumbanganku kepada masyarakat, agama dan bangsa. Semoga ada bakti dan sumbang (wakaf) yang berterusan dariku kepada penduduk dunia. *tetiba rasa nak pergi tolong jadi sukarelawan tolong mangsa bencana alam, peperangan, kebuluran kat luar negara. Ustaz kata, kalau kita tanam pokok pun ok juga, itu adalah sedekah. Burung, kumbang, ulat, beruk, orang makan buah dari pokok yang kita tanam, itu adalah sedekah. Binatang buat sarang, berteduh pada pokok yang kita tanam, orang berteduh dari panas mentari dengan pokok yang kita tanam, itu adalah sedekah. Kesimpulan Jom semai bakti supaya kalau pun kita ni bukannya ahli ibadat, kita dapat ganjaran yang berterusan dari usaha yang lain. Yang penting hati kena ikhlas =) Anything can happen, that why

Tanah yang Merah, Di Bawah Kita

Assalamualaikum. Hari ini, aku terima berita sedih lagi. Kehilangan, dua pupuku telah kembali ke rahmatullah, pada usia 23 tahun dan meninggalkan 3 orang puteri yang masih kecil. Arwah juga satu kampung denganku. Jadi aku memang mengenali rapat dan yang menghadiri majlis (er majlis ke) jenazah adalah orang yang dekat denganku. Sedih juga melihat mereka yang aku kenal seperti sepupu dan kakakku menyeka air mata. Aku? Aku cuba bertahan. Alhamdu lillah, aku dapat tahan daripada mengalir jatuh ke pipi. Kalau tak, susah nak berhenti pula. Tak dinafikan banyak kali air mata ini mahu turun, tapi aku cekalkan hati, fikir pasal lain, alihkan pemikiran. Kalau tak, malu jugak beb. So, aku berlagak cool la konon. Haha~ Mula terbit keinsafan. Kita ni boleh dijemput kembali pada bila-bila masa saja. Tak kira la kita banyak amalan atau tiada amalan. Ya ALLAH, takutnya kalau-kalau kita tak bersedia malah lalai pada waktu itu, Ya, ajal maut, jodoh pertemuan DIA yang aturkan. Tapi sebagai ha

Kembalilah kepada-NYA

Assalamualaikum.   Ya ALLAH, andai aku sesat dalam kabus perasaan, bukakanlah hati aku ini menerima petunjukMu. Andai aku diasak oleh 1001 godaan nafsu, bantulah aku dengan benteng imanMU. Andai aku kecewa dan terluka, balutilah jiwaku dengan dengan kehebatan alunan ayat-ayat suci-Mu. Andai aku tertarik pada larangan-MU, payungilah aku dari ajakan iblis Laknatullah itu. Mudah-mudahan cintaku hanya pada-Mu, rinduku hanya pada nikmat Syurga-MU dan setiaku hanya pada perintah-MU. Aminn. P/s: aku sedih. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker