Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Bila Nak Tinggalkan Anak-Anak Yang Terlalu Kecil..

Bila nak tinggalkan anak-anak yang terlalu kecil dengan bapaknya, mulalah fikir kena sediakan bermacam-macam. Semua sedia, tinggal nak guna je. Pampers, tise, tisu basah (wet tissue) dan air spray siap-siap dalam bekas. Kita mudahkan dia, dia senang hati, kita pun senang hati nak bekerja. Tak perlu dia nak call tanya letak kat mana. Biasalah orang lelaki, bukan jumpa apa yang dicari. Bini cari jumpa je.. Esok, mama bekerja setelah cuti panjang. Itu pun mama nak tambah cuti tanpa gaji tapi tidak dapat kebenaran. Moga-moga kerja ayah tidak kena buang sebab sanggup jagakan anak-anak. Anak 5 tahun lebih dan 1 tahun 4 bulan. Si baby masih menyusu badan. Kalau xde, dia minum susu botol. Kadang bagi susu perahan, kadang susu formula sepenuhnya. Jadi, malam ni mama siapkan nasi dan 1 menu untuk dimakan untuk mereka yang ditinggalkan.. Ayam masak kicap tapi resipi sendiri sebab masukkan sayur-sayuran sekali. Putik jagung. Kubis. Makanan sihat. Mama dah makan selepas usai memasak. Sedap. Alhamdu...

Open Tracker