Bila kau terserempak dengan kawan lama yang pernah baik dengan kau suatu hari dahulu. Dia kini berada di puncak, jawatan COO di salah sebuah syarikat badan berkanun manakala kau cuma kuli batak di bangunan miliknya. Malu untuk menegur tapi terkenangkan kebaikan hatinya pada zaman muda dahulu membuatkan rasa segan itu hilang. Kalau orang lain yang sombong dengan aku, memang aku tak nak tegur. Eh ya ke. Ke tetap tegur juga? Kita tak tahu sama ada sifatnya masih membumi atau melangit. Dari Facebook pun memang masih keep in touch. Dulu Friendster. Nama dia guna aku ingat lagi, Badboy. Kenapa aku ingat dia? Aku ada kawan rapat sekuliah sekolej kediaman iaitu Azizah dan Noreha. Tetapi mereka pilih major IT. Kemudian aku ada lagi kawan sekuliah tapi lain kolej kediaman, Munira dan Suweena. Tapi mereka pilih Organisasi. Manakala aku pilih Pembangunan. Jadi, kelihatan seperti aku tiada kawan. Ya, dia lah yang tegur aku, "jom masuk kelas" dan "jom balik". Sedangkan time tu a...