Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Dulu Tak Nak, Sekarang Suka Pakai

gambar diambil pada 5 September 2017 (1 tahun lebih) Dulu tak nak, sekarang suka pakai Cak! Baby Harraz sekarang ni manja dengan mama je. Dengan ayah dah kurang. Dah nampak boleh berjalan laju (masih dalam latihan. Merangkak kalau nak cepat). Dia suka bila dipakaikan kopiah dan serban. Kopiah tok wan dia beli masa umur 2 bulan, nak balik KL. Kalau buka, dia merengek suruh pakaikan balik. Begitu juga dengan kasut. Kasut mama dan ayah dia ambil nak pakai dulu. "Ka-ked" Mula2 x faham. Ingatkan dia nak sebut "kasut". Lama2 baru faham. Baby Harraz nak sebut "kaki" la. Ajar dia sebut "ka-ki". Pandai. Boleh sebut kaki. Merengek nak suruh mama pakaikan kasut dia. 18.10.2017 Wangsa Maju. 1 tahun 2 bulan Terima kasih singgah sini

Petanda Jodoh, Adakah Si Dia Itu Sememangnya Jodoh Aku?

petanda jodoh ktia, siapakah? Apakah tanda-tandanya? Bercakap mengenai jodoh, mesti ramai yang tersenyum manis memikirkan sang kekasih atau pujaan hati, kan? Mesti panasaran mahu ketahuan kepingin tahu apakah dia jodoh sebenarmu (eh, dah kenapa tetiba keluar bahasa Indonesia? Hihi).       1.  Cakap serentak perkara yang sama       Kita tak planned pun nak cakap perkataan yang sama dan pada waktu yang sama. Serentak  cakap tu, tau. Contohnya, serentak cakap “sekolah”, “lapar”, “Saya nak solat”     dan lain-lain lagi.      2.  Muka iras       B ab ni memang ramai dah tahu, kan? Tapi ada juga yang tak ada jodoh walaupun kahwin sepupu (confirm muka sama bila sepupu kan.. Ada juga sama darah dan gen dari darah ibunya). Tapi ada juga yang tiada jodoh walaupun muka sama. Cuma kalau orang yang berjodoh ini wajahnya hampir sama.     S...

Doa Orang Teraniaya Itu Betul-betul Makbul, Kisah Benar Dari Penulis Blog Sendiri

Doa orang teraniaya itu betul-betul makbul, kisah benar dari penulis blog sendiri. Kisahnya memang benar-benar berlaku. Nyata. Realiti, tau. Sha teringat mengenai kisah benar dua orang kawan Sha ni. Diorang tu sepasang suami isteri. Sorang tu kawan Sha, seorang lagi bos Sha. Okay, kita letak nama. Suaminya Din adalah kawan Sha. Isterinya, Kak Nor pula merupakan bos dan boleh kata kawan juga la, sebab jarak umur kami cuma setahun tapi kami boleh berborak macam kawan. Kebetulan kawan Sha, Aida juga kawan Kak Nor. Diorang sama batch. Aida juga kenal dengan si Din, juga sama batch.  Kisahnya, pada Sha betul-betul buat Sha terkejut gila-gila. Tapi tu la, kan.. Allah itu ada. Dia Maha Melihat dan tidak pernah tidur. Bukan kawan Sha yang teraniaya tapi mereka yang menyaniaya orang lain. Terkejut Sha dengar macam tu. Ye la, kawan sendiri dan Sha pernah bekerja dengan mereka. Sha kenal mereka. Tak sangka mereka sanggup buat begitu. Tapi, biasalah kan kalau orang yang berbi...

Akhirnya Akaun Google Adsense Sha Berjaya Diluluskan Sepenuhnya

Screen shot dari emel Google Adsense menyatakan akaun lulus sepenuhnya. Yay! Akhirnya akaun Google Adsense Sha berjaya diluluskan sepenuhnya! Alhamdulillah, syukur. Sebenarnya sudah lama Sha mohon sejak 2011 macam tu. Seingat Sha tiga kali Sha mohon. Reject. Ditolak kerana katanya tak memenuhi syarat. Dia kata Sha tak lepas sebab ada entri yang copy atau menyalahi undang-undang. Seingat Sha, mana ada entri macam tu. Sha buat blog sendiri tau. Entri dan cerita yang tersendiri. Sha susah payah bangunkan tau. Tapi, bila Sha fikir balik, oh ada entri Sha yang copy masa mula-mula nak bertapak dalam dunia blog ini. Tapi, tapi, tapi.. Sha copy dari surat khabar online, tau. Alah, orang lain pun buat jug.. Siap dapat lulus Google Adsense lagi, tau. Jadi, Sha tak ambil serius perkara ini. Tambahan pula, nak cari balik entri lama-lama tu? Nak padam entri cerpen Cikgu Rania? Oh tidak! Sha sayangkan cerpen tersebut. Sha malas nak cari balik dan padam. Sekian. <script async src=...

Semoga Dipermudahkan

Bolehkah anggap sahaja apa yang akan diceritakan ini adalah khayalan atau rekaan semata? Fiksyen. Atau mungkin boleh juga dianggap sebagai dongeng purbakala yang moden? Setuju denganku dahulu, barulah airis mata korang bergerak ke bait-bait seterusnya. Latar masa, masa pukul 12 tengah hari, tahun 2016. Latar tempat dewan bersalin (Labor Room -LB), hospital. Ah, kelu bagaimana harusku mula. Apa yang perlu ku sampaikan untaian kata-kata? Supaya korang faham. Faham sefaham-fahamnya dan boleh mengimaginasikan keadaan itu. Sukar untuk aku melontarkan idea. "Kak, kita percepatkan sedikit prosesnya." Si bidan mengangguk. "Ya, kita boleh makan sama-sama." "A ah, macam semalam, tak sempat nak makan sama-sama. Ibu bersalin waktu rehat. Letih," Tingkah salah seorang lagi jururawat di situ. Kita percepatkan prosesnya, k" Aku hanya mengangguk. 'Lagi cepat, lagi bagus. Tak payah nak tunggu-tunggu lagi.' Aku berkira-kira sendiri. Bermina...

Memori Cinta Luka

Mengimbau pengalaman berdarah satu tahun 2 bulan yang lalu Pengalaman Sukar dilupai Tak mungkin dilupakan Tapi kalau memori kurang Tertinggal jua Memori cinta luka Yang tidak sama sekian orang Saat genting Umpama telur di hujung tanduk Bagai nyawa-nyawa ikan antara hidup dan mati Lambat, mati Cepat, bersambung nyawa.. Memori cinta luka Nukilan, Sha, Wangsa Maju 6 Oktober 2017

Open Tracker