cukai GST Malaysia Government Service Tax (GST) atau lebih dikenali dengan Goods and Service Tax (GST) sudah lama menjadi angan-angan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia kini bakal menjadi kenyataan apabila akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tarikh ini sudah lama dipilih iaitu kira-kira lebih setahun dari tanggal perlaksanaan GST. Semenjak dari itu, kerajaan menggunakan medium iklan untuk mempromosikan niat kerajaan itu. Sebenarnya, GST enam peratus (6%) yang disyorkan akan mengakibatkan barang lebih murah kerana diskaun sebanyak 0.06 peratus. Namun, apa yang dikesali ialah ia dinaikkan sebanyak 6%. Maknanya, bukan GST 6% tetapi tambahan cukai untuk semua barang yang berjumlah 6%. Contohnya, top up kredit telefon bimbit sekarang ini berharga RM10 akan menjadi RM10.60 apabila GST dilaksanakan, bukannya menjadi RM9.40. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat tambahan cukai sebanyak 6%. Bagi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM pula, caj ta...