Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan...