Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Segment: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah

Ini adalah entri melekat. Ada entri terbaru kat bawah. Assalamualaikum. Dah lama rasanya nak buat segment. Alhamdu lillah, segment kembali lagi. Yeah! Segment ni bertujuan mengimbau kembali kenangan persahabatan semasa di sekolah rendah. Mesti ada kan? Tak kiralah kenangan korang tu adalah yang manis, pahit atau masam. Hehe, gurau je. Maksud aku, tak kisah kenangan persahabatan yang menggembirakan atau menyedihkan mahupun tragik. Kiranya, ini adalah segment menulis kenangan korang. Syarat: 1. Nak follow, boleh follow blog ini. Tak nak pun tak apa, no hal. 2. Kalau sudi, klik like page blog ni. 3. Nak letak blog aku dalam bloglist pun okay juga. Tak letak pun tak pe. 4. Buat satu entry yang bertajuk Segment: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah dan sila linkkan banner yang ada kat atas ni (segment kenangan persahabatan masa sekolah) di dalam entri korang. 5. Nak tag kawan-kawan korang pun okay. Tak de tag pun okay. 6. Tinggalkan link entri korang kat dalam ...

4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda

Assalamualaikum. Ayat di bawah adalah keras dan berbisa. Kalau anda bertelinga kuali (eh patut ke?) silalah baca sampai habis. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, silalah ingat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya . Hehe~ Sebab kenapa blogger tak balas kunjungan anda 1. Blog korang sangat teruk a.       Fizikal blog - Lambat loading sebab dah campak macam-macam eksesori. Dah macam pokok krismas pun ada. Hihi~ Buanglah semua tu, tinggal benda yang penting je. Ingat, orang terpikat pada entri yang memikat hati bukannya hiasan blog. -Satu lagi, ada notification word pada komen. Macam mana nak buang, sila google. Aku bukannya tak nak kasi tau caranya. Tapi bila aku dah terangkan satu persatu dia kata guna dashboard baru. (Ello, ko ingat aku ada satu blog ni je ke? Ko tak tahu kan, aku ni dah setting berapa buah blog? Tak kan semua hal aku nak kasi tau dalam blog ni, bukan macam blog ko, semuanya nak sumbat sampai tak fikir halal...

Apabila Hujan, Maka Line Teruk, Mood Hilang

Letak gambar selipar diambil dari facebook kawanku sebab hati tengah berwarna pink sekarang ni. Maksudnya? Erm, segan nak bagitau. Baca je la. Hehe~ Assalamualaikum. Apabila hujan, maka line teruk, mood teruk. Amacam tajuk, gempak tak? Haha~ Minta maaf kerana tidak berkunjung balik ke blog rakan-rakan. Mood terbang dan basah bersama hujan yang turun mencurah-curah. Semuanya kerana tiga perkara. Satu mengenai mood blogging, kedua pasal line internet yang sangat teruk dan ketiganya diri sendiri yang tak berapa sihat (sekarang ni pun tengah sakit kepala tapi rasa teringin plak nak membuat entri. Haha~). Mengenai segmen kenangan persahabatan masa sekolah rendah , alhamdu lillah sambutan menggalakkan (walaupun tak promote sangat sebab 3 perkara yang telah disebutkan di atas). Nanti aku listkan dan buat hyperlink ke semua yang telah menyertainya. Ada kisah lucu, ada kisah sedih. Ada juga yang komen tak ada sahabat masa sekolah . Adakah aku yang salah atau mereka yang tak faham akan...

Siapakah Juara Hati? Ehem, Tolong Pilihkan

Assalamualaikum. Kali ini aku ada bawa kajian kes. Cuba korang selesaikan atau teka apakah kesudahannya =) Hehe~ Perubahan drastic selepas berpisah Adila seorang gadis yang meningkat dewasa, baru mengalami perpisahan. Adila jadi separuh nanar dengan perpisahan itu. Hatinya hancur luluh tapi dia pura-pura hilang ingatan, amnesia. Dia sengaja menjadi gedik ambik gambar artis kesayangannya yang masih bujang dan buat post di facebook serta katakan itulah bfnya. Ramai kawan-kawannya komen gambar tersebut kerana sebelum ini Adila adalah seorang yang tidak pernah menunjukkan gambar bfnya di fb. Dalam masa yang sama dia tidak lupa terangkan pada Ali supaya tiada kekeliruan. Ali faham lantaran dia mengenali Adila yang gila-gila. (Siapa Ali? baca kat bawah nanti, fahamlah) Kerana ingin melupakan keperitan perpisahannya dengan Mr. X, Adila jadi semakin ceria. Gelak tawa Adila, menggila. Dia aktif berfacebooking semata-mata ingin melupakan rasa sedihnya, rasa kecewanya apabila cintany...

TV Internet Terbaru yang Memang Sempoi

Assalamualaikum. Di Malaysia ada ke TV free yang boleh tengok melalui telefon adroid? Jawapannya ada. 1malaysiaiptv.com.my Anda boleh memuat turun aplikasi untuk dimasukkan ke dalam handphone andoid anda dan juga boleh layari erama.tv Ada tv1, tv2, tv3, alhijrah, dan banyak tv yang aku tak pernah tahu pun ada, maklumlah tak de Astro. Kahkah. (Ala, nak tv8 nak tengok encik Baki Zainal). Sebelum ini, ada streaming sahaja tetapi dengan 1 Malaysia  Iptv ini lebih memudahkan anda menonton di mana sahaja sama ada di dalam negara mahupun di negeri orang. Oh ya, bukan tv dalam negara sahaja tau, ada tv di luar negara juga ada seperti e-Korea dan KBS (coming soon). Tunggu apa lagi, gunakan kemudahan yang ada dan tonoton televisyen di mana sahaja =) Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri n...

Bangun Pagi-pagi Tapi Tak Solat!

Assalamualaikum. Aku suka kata-kata ini. Kalau korang perasan, kata-kata ini mirip dalam dialog dalam cerita pendek Mat Lufthi 90 yang bertajuk rokok dan songkok. Aku bukannya baik mana tapi cuba menjadi terbaik. =) Semoga kita dapat sesuatu. Amin. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Menyampah dengan Blogger yang Perasan Bagus

Assalamualaikum. Korang tahu tak yang blog aku sedang menjalankan segment Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah. Boleh join lagi sebelum 29 Februari 2012. Cerita je pasal kehidupan korang masa sekolah rendah dan kawan korang. Contohnya: Pada suatu hari, aku tak ada duit nak makan. Kawan aku, Ali kasi duit belanjanya untuk aku makan. Terharu. Kami sama-sama panjat pokok rambutan masa balik sekolah. Senang je kan?  Promosi segment Nak buat segment mahupun kontest kena rajin blogwalking (BW). Ya, aku dah buat tu. Malam awal, tidur pukul 2. Malam semalam 4 pagi, semata-mata nak promosikan segment tu.  Bukan aku duk promosi sangat pun (kantoi. Lalala~). Ada hal lain juga yang dibuat. Layan filem kat tv dulu. Makan. Lipat baju. Berfacebooking dengan bincang isu-isu hangat. Bergayut telefon sejam dua sampai tak tau nak cakap apa dah (tapi tak jemu). Hahaha~ Tujuan aku buat segment sebab rasa bosan je asyik muka sama je duk lawat melawat blog. Kalau buat segment, aku ...

Ong Kim Swee Akui Kesilapannya Hadiah Jepun 4 Gol

Gambar masa team Harimau Malaya merayakan kemenangan ke atas Indonesia. Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan 23 Februari 2012 SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik. Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. "Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam tadi. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru. Kim Swee turu...

Cara Membaiki Komputer

Assalamualaikum. Lama aku tak bagi tips atau perturunkan ilmu dalam bab gadjet ni kan? Jadi di kesempatan ini aku nak kongsi cara-cara memperbaiki sebarang jenis komputer. Haha. Gurau-gurau je. P/s: terdengar produk HP (Hawlet Packard) tak boleh diperbaiki kalau rosak. Ye ke? Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker