Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tutorial Cara Buat Kotak Dengan Menggunakan Sehelai Kertas A4 yang Comel

Cara buat kotak kertas sendiri Cara buat kotak sendiri dengan menggunakan sehelai kertas berukuran A4 sahaja, tak perlu gunting. (Gunting atau pisau hanya diperlukan sekali sahaja untuk mendapatkan bentuk empat segi sama). Bahan-bahan: Kertas A4 Stepler dan ubat (dawai kokot) Gunting/Pisau Cara-cara: 1. Dapatkan saiz empat segi sama. Caranya ialah dengan melipat di penjuru. Samakan. (A4 biasa jenis empat segi tepat). Kita nak guna empat segi sama, yang mana sama panjang dan lebarnya. 2. Guntingkan lebihan kertas. Guna pisau lebih mudah. Bagi tepat dan rapat ye. Kerana kita akan menggunakan sudut yang tepat. Kalau tidak sama, nanti akan senget kotak. 3. Lipat sekali lagi membentuk tiga segi. (Penjuru ke penjuru).  4. Buka. Lipat segi tiga yang sudah dibentuk, masuk ke dalam. Lipat untuk dapatkan lipatan kotak-kotak semuanya Naikkan dan buat panel. Kita akan buat penjuru sikit, biarkan masuk ke dalam. Kemudian, terus sta

10 Tips Cara Menghadapi GST dan Mengekalkan Perbelanjaan Kewangan Yang Makin Menipis

Good and Service Tax Anda ingin pelajari cara-cara pantas menguruskan masalah kewangan? Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun. Hari ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pertambahan kos sara hidup yang baru iaitu cukai GST. 1 haribulan April 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi negara ini, kerana tarikh ini merupakan bermulanya kuatkuasa GST. Terus terang saya katakan ramai di kalangan rakyat negara ini runsing akan wujudnya GST. Mereka masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara golongan yang paling gelisah dan golongan ini jugalah

Sistem On line Atas Talian Lebih Mudah

Sistem on line kini menjadi langkah kerajaan untuk memudahkan orang ramai dan mengurangkan kos mengaji kakitangan serta menghijaukan bumi dengan amalan Go Green: Paperless. Kerajaan juga percaya akan taraf capaian internet yang dapat diakses di seluruh Malaysia. Menyorot kisah sistem on line, Unit Pendaftaran Universiti (UPU) antara pelopor bagi penyedia kemudahan sistem kemasukan secara on line seratus peratus. Lembaga Hasil Dalam Negeri juga menyediakan sistem on line untuk memudahkan mereka yang berkepentingan untuk berurusan denganya. Kini, lebih sedekad yang lalu, peperiksaan secara atas talian (on line exam) mula mengambil tempat untuk sama-sama memberikan perkhidmatan yang mana calon peperiksaan mengambil peperiksaan atas talian dan jawapan dapat diketahui pada yang sama, sama ada gagal atau lulus. Hal ini akan memudahkan mereka yang tinggal jauh dengan tempat yang mereka pilih untuk menduduki peperiksaan, jika tiada di tempat tersebut. Pada zaman sekarang, siste

Open Tracker