Langkau ke kandungan utama

Catatan

Petua Sembuh Virus Demam Melanda Dunia

Alolo, ciannya dia Virus demam melanda dunia. Al-kisahnya bebaru ini aku dijangkiti virus demam yang sangat kuat. Aku kelaskan ia sangat kuat dan berhantu kerana teruk aku demam (sakit kepala, pening, angin, sejuk sangat sampai menggeletar, badan panas membahang berapi, dan   bermacam lagi). Demam pula seminggu teruk. Seminggu kemudian beransur. Minggu ketiga masih ada simtom demam. Dalam tempoh aku sakit ini, aku dah pergi ke tiga buah klinik, dua kali ke hospital, tigakali ambil ujian darah, sekali ke Darul Syifa untuk rawatan alternative (rawatan Islam). Terima kasih bebanyak untuk kawan aku yang banyak membantu di kala aku kesusahan. Iyalah, demam teruk sampai menggeletar sejuk dan suhu badan naik mendadak membahang sampai 47 darjah Celsius. Tak larat nak ulang alik tandas sebab asyik nak muntah dan nak kencing saja. Penat dow. Alhamdu lillah, sekarang aku dah ok. Dah sihat macam biasa. Cumanya aku kena banyakkan minum air. Lagipun ujian darahku menunjukkan parti

Awek Blogger Cantik dan Hensem Kacak Bergaya.

Ramai yang mencari akan blogger perempuan yakni awek cantik dan lelaki hensem kacak bergaya. Biasalah bila kita ada rupa, ramai yang akan tertarik, menarik dan kau memang da bomb. Itu memang lumrah. Gambar Fatin Liyana ini menjadi ikutan gaya bergambar. Pada pendapat aku, blogger awek cantik jatuh kepada Fatin Liyana . Walaupun dengar-dengar dia sudah mahu menamatkan musim bunga, eh maksud aku, zaman bujangnya, tetapi dia memang benar-benar cantik. Aku suka tengok. Taste aku. Cantik macam itu. Putih melepak. Dia pula pakej. Dah la pandai, datang dari famili kaya, cantik pula tu. Pakej beb, beruntung. Dia padamkan entri pun dah jadi isu dalam dunia blogger. Orang cantik dan berpengaruh lah katakan. Zarul Umbrella yang kacak Blogger lelaki hensem kacak bergaya pula jatuh kepada er, siapakah gerangannya ya? Jap, nak fikir. Oh ya, pada aku, taste aku, Zarul Umbrella la. Hensem. Ketua Pramugara Malaysia Airline. Kacak. Bergaya. Wak Doyok? Er, Wak Doyok bukan blogger. Dah tu,

Pakaian yang Sesuai untuk ke Rumah Terbuka Raya Aidil Fitri

Baju kurung sopan gila kalau pakai Pakaian yang sesuai untuk ke rumah terbuka Raya Aidil Fitri perlulah diambil berat. Kalau tidak, ia akan menjatuhkan imej dan air muka kita. Orang kata kita tak tahu adress code! Pakaian apa yang perlu dipakai? Pertamanya mestilah sopan. keduanya kalau dapat penuhi tema lagilah sempoi. 1. Pakaian tradisional Seeloknya kalau Rumah Terbuka Aidil Fitri, kenalah pakai pakaian tradisional Melayu. Jangan pula tetiba kau pakai pakaian tradisional orang Dutch. Ha, itu dah pelik. Pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, teluk belanga, cekak musang, kebaya, kebarung, kain batik, kain palikat, dan sebagainya. 2. Pakaian yang sopan Jubah, abaya, kemeja, blaus, cardigan, skirt labuh dan sebagainya pakaian yang sopan, bukannya yang seksi-meksi kepsi ya. Hehe~ 3. Kasut Terpulanglah, janji sesuai. Sneakers? Boleh. Tapi untuk lelaki lah. Kalau perempuan, simpan untuk dipakai pada acara lain ya. Untuk majlis Rumah Terbuka, tak payah lah ye. Caril

Open Tracker