Langkau ke kandungan utama

Catatan

Petua Cara Buat Cendawan Celup Tepung Yang Ranggup dan Tidak Lembik

  Petua cara buat cendawan goreng yang sedap dan tidak lembik. Pergh, cendawan goreng memang sedap dan menggiurkan selera dan tekak. Rasanya seperti ayam KFC. Marvellouslah. bertingkat-tingkat. Tapi kalau lembik dan tak menjadi, potong selera! Hehe~  Caranya senang sahaja.   1. Bersihkan dengan air cendawan yang anda mahu goreng. Nak koyakkan kasi kecil atau biarkan sahaja besar gedabak, terpulang ikut selera masing-masing.   2. Masukkan tepung goreng ayam Nona (aku suka brand ini. Nak pakai brand apa pun tak apa. Nak buat sendiri pun tak apa, kalau pandai =)) Cili Pedas, baru kena selera. Kalau tepung goreng serba guna tu, tak sedap. Eh, ayat tak habis lagi. Masukkan tepung goreng ayam Nona ke dalam bekas besar.  3. Masukkan cendawan yang telah disejat air ke dalam serbuk tepung tadi. Tapi sebelum itu, pastikan cendawan yang telah dibasuh, betul-betul tersejat airnya.  4. Panaskan minyak dan goreng sampai garing. Kalihkan apabila telah masak.   5. Lapikkan d

Lima Masakan Menu Terbaik Malaysia Paling Sedap

Malaysia merupakan syurga makanan. Cakap sahaja mahu makanan yang macam mana, semua ada. Nak dengan tak nak sahaja. Kali ini aku bawa korang melihat makanan yang superb sedap yang tidak dapat dinafikan lagi kelazatannya bagi bumi Malaysia. Mee kari Mee kuning Kuah kari dengan dimasukkan kacang panjang dan bebola ikan. Memang superb. Sedap hingga menjilat jari. Laksa Utara Laksa putih diperbuat daripada tepung beras. kuahnya diperbuat daripada isi ikan tamban, kembung atau selayang. Rasa isi ikan segar yang manis itu menyedapkan kuah. Juga dimasukkan bunga kantan, cili padi, cili kering, Laksa Penang dan Laksa Kedah adalah berbeza dari segi warna kerana Laksa Penang tidak menggunakan cili kering dan telur rebus untuk dimakan bersama. Laksa dimakan dengan ulam-ulam (mengikut negeri. Kalau negeri Utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, ulamnya ialah timun, bawang besar, cili padi, daun putat atau gajus. Manakala bagi negeri lain yang juga membuat Laksa Penang, menggunakan timun, baw

Ramadhan Penuh Berkat, Semoga Taubatku Diterima

 Lama rasanya tidak mengemaskini entri terbaru. Masa yang agak mencemburui kita. Alasan! Sebenarnya, broadband aku ada masalah dengan line semput macam siput ini tidak memungkinkan aku untuk update entry. Nak up date. Blogger akan ada selalu idea nak up date apa. Aku ada idea tapi internet tak ada. Kat pejabat pula, diorang block sekat blogspot. Kalau tak, hari-hari aku update. Hehe. Tapi, kerja aku akan tetap buat.  Jadi, kesempatan pada hari ini, aku nak kemaskini entri-entri lama yang lama tidak mesra SEO. Search Engine Official. Sebab entri aku yang lama-lama sebelum aku belajar pasal SEO tu banyak tapi tidak memberi trafik ke blog. Agak rugi di situ. Jadi, nak edit kasi mesra SEO dan buang gambar yang tidak menutup aurat. Aku tak nak berdosa dan terus berdosa kerana menayangkan aurat orang lain.   Sekarang ini, Bulan Ramadan, dah tengah bulan. Alhamdu lillah, masih dipertemukan-Nya dengan bulan yang penuh berkat ini. Kita ini banyak dosa, rebutlah peluang dengan ganjar

Open Tracker