Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sape nak baju Free?~ IMANN ABDUL GALLERY GA

Assalamualaikum. Lama rasanya tak join contest, GA. CARA-CARA UNTUK MENYERTAI  1 ~Buat satu post tentang GA ini dgn banner bawah dilekatkan sekali.. (TAJUK POST: Sape nak baju Free?~ IMANN ABDUL GALLERY GA) Tulis la ape-ape yang rase nak tulis... nak follow blog boleh..tak nk follow takpe.. 2. 'Like' page kami  imannabdulgallery -DONE 3. Jawab survey ni SURVEY  & setuju utk next survey~~Ini yang harus yeee.. (Pemenang akan dipilih berdasarkan nombor bertuah ketika menjawab survey) -DONE Ok..tu je syaratnya..dh buat semua diatas sila tinggalkan email serta link blog di komen bwh atau boleh email aeshcame@gmail.com nama, link blog serta email yg diguna dlm survey ye...Thxxx  *TARIKH TUTUP : 30 HB 11 2011* *PEMENANG AKAN DIUMUM BULAN 12 YA* Yah, jom join.

Terima Kasih, Aku Perlukan Seseorang

  Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang prihatin dengan nasibku -eh tetiba pula nak bersedih-sedih ni, namo, namo (tak mau, tak mau). Terima kasih kepada mereka yang berkongsi rasa. Sesungguhnya, baru aku mengerti bahawa manusia dan haiwan boleh berkongsi rasa sayang. Sebelum ini hanya mendengar cerita orang sahaja. Bila lalui sendiri baru mengerti. Mungkin aku rasa keseorangan, tu yang menggila ikutkan perasaan. Dah lima tahun, aku akan sentiasa ada 'kawan' yang akan berkongsi suka duka. Syukur sebab aku berteman. Tetapi apabila ianya tiada, aku jadi semacam hilang arah. Aku tahu, ALLAH mahu mengujiku. Aku tahu DIA mahu aku dekat kepada-NYA. Ya, aku akan semakin dekat dengan DIA. Tapi aku perlukan seorang manusia juga yang mendengar kisah bengonk hidupku. Ada sesiapa sudi tak? Haha~ Aku ni bengonk juga sebenarnya. Bilalah nak dapat itu , itu , nak dapat ini ? Belum masa. Banyakkan berusaha dan bersabar. Emm, jawapan yang tipikal. Salam Maal Hijrah dan buka

Semoga Berbahagia di Sana, Ya

Comel saja, Adik Kecik tidur atas sejadah pada 7hb November, Hari Raya Haji kedua Assalamualaikum. Aku nak cerita pasal kucing. Aku tahu cerita ini memang orang akan kutuk. Ah, lantak la.. Malam tadi, aku dah rasa pening kepala. Pukul 3 pagi, aku mohon undur diri daripada kawan-kawan aku. Aku masuk bilik nak tidur. 3.30 am tetiba rasa badan sangat lemah. Ah, aku kena makan. Mungkin lemah sebab aku skip makan siang tadi. Dalam duk fikir, kalau aku tidur sebab terlalu mengantuk ni, dapatkah tubuh aku memberi aku tenaga untuk beberapa jam lagi sedangkan ianya tak ada? Non sense je kan. Jadi, aku ambik keputusan untuk makan. Pergi dapur dan selongkar apa yang ada. 3.40 am layan lagu dan surah yang ada dalam handphone kesayanganku ini. Tetiba teringat pada anak kucing yang baru meninggal. Aku diserang kesedihan. Mutiara jernih dah membasahi pipi. 4.15 am Mula-mula malas la nak tengok dia. Kemudian tetiba rasa nak sangat tengok Adik Kecik (anak kucing yang mati), takut menyesal na

Open Tracker