Langkau ke kandungan utama

Tips Membeli Kain Baju Pengantin

Ini baju contoh aku. Okay tak?

Sebenarnya, aku pergi gamble sahaja ke Jakel. Rasanya, itulah first time aku menjejakkan kaki ke kedai kain terbesar di Malaysia tu. Tambahan pula, kedainya di Bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang baru beroperasi, lagilah kali pertama.

Terdesak ok, terdesak. Nak naik pelamin bulan 12 ni, tapi persiapan yang dibuat cuma baru ada baju nikah lelaki dan sampingnya sahaja sudah ada. Lagi, dua minggu lepas, aku beli kain untuk dibuat baju tema adik-beradik perempuanku termasuk anak-anak buah perempuan. (Ni kira, girls day out. Hehe, lain pula maknanya). Just for girls. How about the boys? Ingat nak beli atau buatkan alias tempah baju t-shirt. Tapi kosnya, agak tinggi. Sehelai, RM10. Paling kurang kena buat 30 helai. Kena sediakan duit RM300 sahaja untuk baju t-shirt. Rasa macam membazir pun ada juga. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih nanti, boleh buat.

Selain itu, aku kata terdesak kerana balik raya kali ini, sekali bawa kain untuk the girls, aku juga bawa balik baju pengantin. Nak minta upah adikku yang merupakan tukang jahit baju pengantin. Alang-alang dia pun balik rumah, aku bawa lah sekali. Kalau nak bagi kat dia, banyak kos. Aku kat Kuala Lumpur. Dia kat Langkawi. Kos pos dah berapa. Ikut berat lagi. Kalau hilang? Oh My!

Aku sudah Whatsapp adik aku yang seorang itu pada hari Sabtu. Tapi dia tak balas. Hari Ahad, aku pergi ke Jakel. Pada aku, biarlah aku pergi beli kain dulu. Apa-apa hal, nanti aku dah selamat sikit sebab kain dah beli. Dah boleh tolak kos penghantaran melalui pos. Jimat sikit.

Hari Isnin, aku call dia. Dia marah sebab beli kain tapi tak tanya dia dulu. Aku apa lagi, defence la. Aku cakap manalah aku tau. Aku beli siap-siap sebab dia pun dah bagitau awal dia sibuk. Aku back up kata, sebab tu aku beli awal. Satu point di situ. Hihi.

Katanya, kenapa beli lace mahal sangat. RM150 semeter. Aku macam biasalah, mengaku yang aku tak tahu harganya berapa. Dah kat Jakel, standard lah. Dia kata kenapa tak beli kat Euro Moda? Aku jawab, kat sana lagi mahal. Dia bantah kata tak mahal sebab ada diskaun turun harga nak raya. Ye ke? Aduh..

Lepas tu, adikku gelak katanya, nak buat baju lace tu fesyen lama. Kalau dah lama, letaklah lace tu kat kain. Nampak baru sikit. Lepas tu, untuk baju, aku nak letak lace yang fesyen sekarang lah. Beaded lace ke headed lace ke. Aku tak tau nama.

Warna hijau, dia kata jauh dari warna tema for the girls. Yes, absolutely! Memang aku nak buat warna berbeza pun. Dia cakap, nak jadi pengantin tercantik dan tak nak overshadowlah kan. Eh, baju tema for the girls masa dia kahwin pun ada warna purple dan hijau. Tak pe la, warna sama pun. Tapi, aku punya tema for the girls is plain purple pink.

Bila aku send gambar lace bersama satin, dia puji lawa. Yes, berjaya! Rasa gembira sebab tiada lagi kutukan. Dia kata kalau letak manik mutiara, lagilah menarik. Oh, tetiba teringat aku ada manik mutiara. Beli tahun lepas. Tak tau lah cukup ke tak. Niatnya, nak letak pada baju kurung tapi sampai sekarang tak buat pun lagi. Hihi, malas.

Baju Pengantin Mawar pada tahun 2013

Mula-mula, aku ingat nak buat lace macam baju pengantin Mawar ni. Cantik kan. Tapi, salah aku juga, lupa nak periksa tahun bila Mawar ni berumahtangga. 2013! Sekarang tahun 2015. Sudah dua tahun. Lagi pula, aku punya resepsi hujung tahun. Dah tiga tahun.

Tapi, lace pink tu aku nak letak kat kain macam baju Mawar ni. Sebenarnya, aku sudah lama (dalam dua bulan lalu) jatuh hati pada baju Mawar yang satu ni. Suka sangat. Kalau boleh, nak buat sebiji macam baju dia. Tapi, adikku tak pandai. Kawan aku pula kata, memang susah nak buat. Kena try and error. Alah, tak naklah aku nak korbankan kain yang aku beli mahal tu.

Jadi, tukar design. Aduh, macam mana pula nak cari design?

Adikku tanya, kenapa tak ambil warna hijau? Aku ingatkan warna hijau zamrud macam ShAwal pakai. Tak nak lah warna gelap, nanti suram. Katanya warna hijau torquise. Aku tak minat warna tu. Warna gelap. Aku suka warna pastel. Lembut gitu. Sebab tu aku nak sangat baju warna biru tiffani atau hijau mint atau apple mint untuk kain satin dan lace pink. Sangat memikat hati.

Lagi, katanya, kena ada design, baru pergi cari kain. Lagi senang nak cari kain. Tak adalah tersalah beli nanti.

Untuk baju lelaki pula, bagi baju contoh terbaru yang encik tunang pakai. Tapi, baju kena fitting tau, bila nak fitting?  Bulan November kan akad nikah. Masa itulah.  Okay, deal.

Katanya lagi, ada gaun murah. RM150 sahaja. Aku jawab, kat KL ni mana nak dapat. Paling murah pun RM1000-2000 untuk dibeli. Adikku pesan lagi, tengoklah design desinger terkenal seperti Arma Arman.

Lagi, kena bawa balik contoh design yang dimahukan. Kalau tak, dia akan buat, ikut suka hati dia sahaja.


Kesimpulan

Tips membeli baju pengantin:

1. Pastikan design yang anda mahu atau minat

2. Warna

3. Material

4. Up to date okay design tu. Kalau tak, nanti malu orang kampung kutuk design lama.

5. Bajet

6. Follow artis designer


Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)