Langkau ke kandungan utama

Tutorial Cara Buat Kotak Dengan Menggunakan Sehelai Kertas A4 yang Comel

Cara buat kotak kertas sendiri

Cara buat kotak sendiri dengan menggunakan sehelai kertas berukuran A4 sahaja, tak perlu gunting. (Gunting atau pisau hanya diperlukan sekali sahaja untuk mendapatkan bentuk empat segi sama).

Bahan-bahan:
Kertas A4
Stepler dan ubat (dawai kokot)
Gunting/Pisau

Cara-cara:

1. Dapatkan saiz empat segi sama. Caranya ialah dengan melipat di penjuru. Samakan. (A4 biasa jenis empat segi tepat). Kita nak guna empat segi sama, yang mana sama panjang dan lebarnya.


2. Guntingkan lebihan kertas. Guna pisau lebih mudah. Bagi tepat dan rapat ye. Kerana kita akan menggunakan sudut yang tepat. Kalau tidak sama, nanti akan senget kotak.


3. Lipat sekali lagi membentuk tiga segi. (Penjuru ke penjuru).




 4. Buka. Lipat segi tiga yang sudah dibentuk, masuk ke dalam.

Lipat untuk dapatkan lipatan kotak-kotak semuanya


Naikkan dan buat panel. Kita akan buat penjuru sikit, biarkan masuk ke dalam. Kemudian, terus stapple

5. Buka semula. Tinggalkan satu lipatan. Ambik penjuru hujungnya dan naik ke atas. Kemudian, lipat di sebelah kanan. Boleh rujuk gambar no 5. Lakukan untuk semua penjuru.

6. Buka semua. Kalihkan. Lipatkan sama. Lipat dua. Buat garis untuk kotak lipatan terawal dan terakhir. Buka. Lipat samakan lagi satu sudut. Buat garis untuk kotak lipatan terawal dan terakhir. Ini adalah untuk menanda tempat yang kita akan masukkan ke dalam kotak nanti sebelum disteppler.

7. Kalih semula. Dirikan dua panel (Dua kotak untuk satu panel). Masukan yang lebihan itu ke dalam, sebelah kiri. Steplerkan. Buat untuk semua panel. Tips, samakan elok-elok. Jangan ke dalam sangat dan ke luar sangat. Nanti tak cantik kotak, jadi senget.

Stapple kan ke dalam. Kalau ke luar, nanti tak elok


Lipatkan atasnya untuk memudahkan masuk penutup nanti






8. Lipat bekas lipatan yang kita buat pada no 5 tadi. Buat untuk keempat-empat panel.

9. Masukkan tudung kotak ikut aliran ke kiri. Jangan langkau. Nanti susah nak cari cara masukkan. Panel terakhir, jolok ke dalam. Siap!


Pastikan kotak tidak banyak kesan lipatan. Kena ikut cakap cikgu ya. Kalau menderhaka nanti, kotak tak cantik, banyak kesan lipat.

Boleh juga digunakan kertas manila kad, tetapi pastikan potongannya sama dan tidak senget. Lebih mudah menggunakan kertas A4 kerana hanya satu buju sahaja yang perlu dipotong.  Anda juga boleh menggunakan kertas A4 terpakai. Jimat dan mesra alam.

Kotak cenderamata door gift kenduri kahwin, bertunang, merisik, akikah, berendoi, cukur kepala, majlis doa selamat boleh diisikan dengan gula-gula 5 biji, 1 sumi. Atau apa sahaja makanan ringan. Bahulu pun boleh. Kalau nak cantik, guna kertas pembalut hadiah. Kalau nak keras, gunakan kertas keras seperti manila kad, kertas kad, dan sebagainya. Di samping itu, bolehlah dihiaskan dengan reben, tali, bunga, manik dan apa sahaja yang kreatif.

Kotak ini lebih praktikal kerana konsep penjimatannya. Kotak ini hanya menggunakan sehelai kertas A4 dan tanpa perlu menggunting lagi untuk membentuk kotak (menggunting membabitkan masa). Di samping itu, tiada kotak bawah dan penutup yang perlu diselaraskan saiz supaya muat untuk ditutup nanti. Masa dapat dijimatkan. Kalau buat kotak yang ada penutup, kalau tak muat, dah buang masa, nak kena outter (diperbaiki) atau buat semula kotak yang baru.  Kita nak buat cenderahati biarlah yang jimat masa. Bukan satu dua yang perlu kita buat, tapi sekurang-kurangnya seratus atau lima puluh kotak. Sementera itu, bukan kerja ini sahaja yang perlu kita langsaikan. Banyak lagi kerja lain yang perlu kita lakukan.

Selamat mencuba kotak  kreatif ini.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker