Langkau ke kandungan utama

GST Malaysia 1 April 2015 dan Penerangan Senang Faham



 
cukai GST Malaysia

Government Service Tax (GST) atau lebih dikenali dengan Goods and Service Tax (GST) sudah lama menjadi angan-angan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia kini bakal menjadi kenyataan apabila akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tarikh ini sudah lama dipilih iaitu kira-kira lebih setahun dari tanggal perlaksanaan GST. Semenjak dari itu, kerajaan menggunakan medium  iklan untuk mempromosikan niat kerajaan itu.

Sebenarnya, GST enam peratus (6%) yang disyorkan akan mengakibatkan barang lebih murah kerana diskaun sebanyak 0.06 peratus. Namun, apa yang dikesali ialah ia dinaikkan sebanyak 6%. Maknanya, bukan GST 6% tetapi tambahan cukai untuk semua barang yang berjumlah 6%.

Contohnya, top up kredit telefon bimbit sekarang ini berharga RM10 akan menjadi RM10.60 apabila GST dilaksanakan, bukannya menjadi RM9.40. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat tambahan cukai sebanyak 6%.

Bagi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM pula, caj tambahan 6% juga dikenakan jika melibatkan bank berlainan. Sekali penggeluaran, dicaj sebanyak RM1.06 berbanding RM1.00, berkuatkuasa 1 April 2015.

Okay, mari kita lihat pula apakah yang dipaparkan dalam buku Panduan Harga Pengguna mengenai GST.

Apakah GST?

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Service Tax atau GST) adalah cukai kepenggunaan yang bermaksud cukai hanya akan dikenakan apabila pengguna berbelanja. 
Ia adalah satu inisiaif Kerajaan untuk menyusun semula sistem percukaian negara. GST diperkenalkan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (Sales Tax and Services Tax atau SST). GST akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.

Dalam sistem GST, ada juga barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST untuk mengurrangkan sebarang impak GST kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, GST adalah satu sistem percukaian yang lebih adil dan efisyen jika dibandingkan dengan SST.

 Kebaikan GST
-         
          Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui hasil yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan instrastruktur sosial.
(Nak senang faham =  duit itu dapat pusing untuk pembangunan dan pembelajaran)

-          Meningkatkan daya saing negara di peringkat global melalui pengukuhan sektor eksport.
(Nak senang faham =  meningkatkan eksport, maka daya saing negara meningkat).

-          Meningkatkan sistem penyampaian melalui sistem percukaian yang lebih telus, efisyen dan berkesan serta mengurangkan birokrasi.
(Nak senang faham =  bagi terus ‘nikmat cukai’ kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan menjadikan barangan asas tidak dikenakan cukai).

-          Mengurangkan kos perniagaan melalui penambahbaikan sistem percukaian semasa dan penghapusan elemen cukai bertindih.
(Nak senang faham =  Apabila cukai hanya dikenakan sekali sahaja, maka kos perniagaan dapat dikurangkan. Kalau tak, semua barang mahal dan kos perniagaan juga menjadi mahal)

-          Menjadikan harga yang berpatutan dan lebih adil dan lebih adil kepada pengguna melalui penghapusan elemen cukai bertindih di bawah SST.
(Nak senang faham =  harga dibayar dengan cukai tidak bertindih)

-          Meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.
(Nak senang faham =   duit yang tak masuk dalam mesin chasier, tak perlu disemak untuk dibayar cukai. Senang-senang sahaja masuk ke poket peniaga. Sedangkan peniaga mungkin untung berjuta tetapi hanya membayar sedikit sahaja kerana sebahagiannya tidak melalui proses bayar cukai. Apabila GST dilaksanakan, peniaga tidak boleh lari kerana setiap transaksi adalah direkod.)

Keperluan GST dilaksanakan
-       
          Memperbaiki dan menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisyen dan telus berikutan kelemahan dalam sistem percukaian SST.
-  
          Meningkatkan sumber pendapatan bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kesimpulan

Jadilah pengguna yang bijak. Masaklah dari rumah. Tanamlah sayur-sayuran. Amalkan budaya hidup sihat. Majulah sukan untuk negara. Bersyukurlah. Malaysia masih aman. Hahaha.


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)