Langkau ke kandungan utama

Kadang-kala Kita Terlupa Nak Bersyukur



Kadang kala hidup kita sudah cukup baik. Ada kerja. Ada pasangan. Ada anak. Ada ibu bapa dan mertua. Ada rupa. Ada kereta. Ada rumah. Ada bekalan elektrik. Ada hubungan jalan raya yang baik. Ada pasaraya. Ada surau dan masjid. Ada pendapatan bulanan yang bukan sahaja cukup untuk belanja bulanan malah cukup untuk tabungan.

Tapi, kita terlupa untuk bersyukur. Kita mahukan yang lebih lagi. Kita nak itu. Kita nak ini. Kita stress bila nampak orang lain lebih dari kita. Kita cemburu. Kita dengki. Kita cuma nampak mereka yang berada di atas kita tanpa kita perasan orang yang berada di bawah kita, keadaannya lebih teruk dari kita sedangkan alam dan udara yang kita sedut adalah sama. Kita langsung tidak pandang mereka. Apalah salahnya kita hulurkan sedekah, derma atau hadiah? Kenapa kita perlu asing dan pulaukan mereka?

Kawan, jangan begitu. Hidup kita ini bukan lama. Sekejap sahaja. Kita ini hanyalah menumpang sahaja di bumi fana ini. Sampai masa dipanggil pulang.

Tapi kalau masa dipanggil pulang itu, kita asyik mengejar dunia tanpa sempat membawa bekalan akhirat, apakah maknanya? Harta yang banyak berlonggok bak gunung-ganang pun tiada dapat kita bawa teman kita di alam barzakh.

Kita tidak pernah berasa puas. Nak rasa kecewa boleh. Tapi perlu disandarkan rasa itu kepada ALLAH. Maksudnya, kita kecewa jualan hari ini sedikit, tetapi kita tetap kena ingat, Alhamdu lillah, ada juga rezeki untukku pada hari ini. Orang lain ada yang tiada jualan langsung. Kalau kita berada di tempatnya, apa yang kita rasa? Kecewa? Boleh. Tetapi ingat ALLAH dan bersyukur.

Kita dapat rezeki yang sedikit dan bersyukur, ALLAH akan tambah rezeki kita. Mari kita sama-sama ucap ALHAMDU LILLAH, walaupun apa yang ALLAH bagi pada kita tak semegah dan sehebat orang lain tetapi DIA masih ingat dan sayang kepada kita. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker