Langkau ke kandungan utama

Tips Cari Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki


Pening fikir apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang lelaki? Tak tahu apa nak diberikan kepada lelaki dan apa yang disukainya? Di sini, ada tipsnya.

Dompet
Lelaki jenis yang setia kepada dompetnya sampai beberapa tahun dan kadang-kala dah teruk sangat pun dompetnya, masih belum mahu tukar. Jadi, anda ada kesempatan untuk memberinya hadiah sebuah dompet.

Tali pinggang
Sesuai juga menghadiah si jejaka dengan tali pinggang. Terdapat beberapa jenis tali pinggang. Buat pilihan yang tepat ya.

Baju
Kebiasaan lelaki akan memakai apa sahaja pakaian yang diberikan. t-shirt, jersi bola pasukan kegemarannya, kemaja dan baju kain kapas adalah terbaik dan buatlah pilihan yang tepat.

Tali leher
Pemberian tali leher adalah sesuai jika si lelaki menggunakan tali leher dalam pekerjaannya. Jika tidak, ia adalah membazir.

Pin tali leher juga adalah sesuai dipadankan dengan tali leher ke tempat kerjanya.

Minyak wangi
Boleh tahan mahal juga minyak wangi lelaki yang berjenama mahal. Siapa kata lelaki tidak suka dengan wangian? Mungkin ada yang tidak suka memakai wangian yang begitu menusuk hidung tetapi mereka tetap memakai wangian untuk kesegaran tubuh badan.


Itu adalah hadiah yang biasa diberikan. Hadiah yang lain dari lain dan eksotik sedikit adalah:

Bantal
Bantal ini anda boleh dapat di rumah (jangan ambil yang busuk sudahlah. Hehe~), boleh dibeli di kedai atau anda jahit sendiri. Lelaki suka diberi bantal, lambang anda menerimanya seadanya.

Bunga dan pokok bunga


Tidak salah untuk memberikan lelaki bunga. Bunga bukan untuk perempuan sahaja. Pasti hatinya berbunga-bunga.

Jika sang jejaka minat untuk bercucuk tanam, tiada salahnya anda menghadiahkannya sepasu pokok bunga. Atau untuk lebih menarik, anak pokok bunga. Kena tunggu dan bela sampai ianya mengeluarkan bunga. Lambang percintaan anda tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

Binatang peliharaan

Sekarang ini, ramai lelaki yang menyayangi binatang. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk menghadiahkannya seekor binatang peliharaan. Tetapi, anda mestilah menyelidiki dahulu supaya ianya adalah hadiah yang tepat. Anda kena terlebih dahulu maklum, binatang peliharaan mesti mempunyai ruang untuk hidup di rumah dan bajet. Adalah tidak bersesuaian jika sang lelaki sudah mempunyai banyak binatang peliharaan dan dia sudah merasa rimas, anda pula menambah lagi seekor. Dia akan ambil hadiah anda tetapi mungkin dia akan mengabaikannya tanpa kasih sayang yang cukup.

Seeloknya, tanyalah beliau dahulu. Anda boleh tidak perlu bertanya secara terus terang tetapi pandai-pandailah ya.

Makanan

Pilihan yang lain, anda boleh menghadiahkannya makanan sama ada dibeli atau dimasak sendiri. Hadiahkan si dia dengan makanan kesukaannya. Atau anda boleh juga memberi buah tangan dengan buah-buahan atau makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Secret Recipe atau apa sahaja.


Sudah ada idea nak beri apa untuk si dia? Hiburkan hatinya.

Semoga tips ini membantu anda.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)