Langkau ke kandungan utama

Tips Petua Cara Mencantikkan Kuku dengan Bahan Semulajadi




Nak kuku cantik, mudah saja. Tak perlulah menggunakan kutek, pewarna kuku. Cukuplah mengamalkan bahan-bahan semulajadi. Okay, jom baca.

1. Lidah buaya
Caranya, bersihkan lidah buaya dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan perawatan ini secara rutin, maka kuku akan terlihat lebih cantik dan bersih putih.

2. Bawang putih
Caranya, parut bawang putih hingga halus, kemudian oleskan pada kuku. Biarkan beberapa minit. Kemudian, bersihkan kuku.
Boleh juga menggosokkan bawang putih terus pada kuku Anda. Lakukanlah secara kerap, maka kuku anda akan semakin kuat dan tidak rapuh.


3. Belimbing BuluhBelimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran di celahan kuku dan kulit luar. Gosokkan potongan belimbing buluh pada kuku. Kemudian, bersihkan dengan air.

4. Lemon atau limau nipis Untuk mengembalikan kuku yang kuning kepada warna putih. Caranya, sediakan perahan lemon, dan campurkan satu sudu perahan lemon dengan ubat gigi (disyorkan ubat gigi untuk memutihkan gigi). Adun rata, kemudian oleskan pada kuku. Tunggu hingga kering. Setelah itu basuh kuku dengan air hangat. Lakukanlah secara teratur minimal seminggu sekali, maka kita akan mendapatkan kuku dengan warna yang normal.

5. Campuran madu, telur, dan minyak zaitun .
Manfaatnya adalah untuk melembabkan dan melembutkan kuku. Tips ini boleh digunakan untuk mereka  yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi.
Caranya, campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dalam panci. Panaskan dan adun hingga bercampur rata, kemudian siapkan kocokan telur. Campurkan adunan madu dan minyak zaitun dengan kocokan telur, oleskan pada kuku secara merata dan tunggu sepuluh hingga 15 menit, kemudian bersihkan kuku anda.

Sumber rujukan

6. Ubat gigi (colgate)
Anda boleh menggunakan sebarang ubat gigi seperti Colgate, Darlie, Fresh and White, dan lain-lain lagi. Ini petua dari kawanku dan aku berjaya membuktikannya. Tanpa perlu kutek. Ramai yang menyangka aku menggunakan perwarna kuku. Namun, salah sama sekali.

Caranya, oleskan sedikit ubat di jari dan letakkan sedikit di atas permukaan kuku. Kemudian, gosokkan kuku anda seperti membuang ubat gigi di atas kuku. Ubat gigi akan menyerap di kuku anda. Gosok sehingga bersinar. Tambahkan kuantiti ubat gigi untuk diletakkan di atas kuku. Bila dah bersinar, basuhlah.

Kecepatan kuku untuk bersinar bergantung kepada jenis kuku anda. Lakukan setiap hari.


Semoga tips dan petua ini membantu anda.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker