Tips Jaga Kesihatan Di Kala Suhu Sejuk 'Aneh' Melanda Malaysia | ! sha my heart

.

Sabtu, 25 Januari 2014

Tips Jaga Kesihatan Di Kala Suhu Sejuk 'Aneh' Melanda Malaysia

Kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia



Sekarang ini, di mana-mana sahaja, orang sibuk memperkatakan tentang suhu sejuk aneh. Suhu sejuk sekarang yang melanda Malaysia dan dihebohkan dengan salji yang turun di Indonesia dan Filifina.

Tetapi, sayangnya harapan dan dambaan jutaan rakyat Malaysia untuk bermain salji di tanah air sendiri ternyata hampa kerana sumber mengesahkan tiada fenomena salji turun di negara jiran kita. Huhuhu. Maka, pakat simpan balik baju sejuk bulu-bulu dan sarung tangan kait bulu kambing, dalam almari. Hehe~

Sebenarnya, Malaysia mengalami musim Kemarau bagi bulan Januari dan Februari. Tapi, cuaca sekarang ni siang panas terik, langit cerah tapi angin sejuk. Malam, mulai maghrib sejuk sampai ke pagi. Angin yang sejuk ni datang dari hembusan bayu kuat Tanah Besar China yang mengalami Musim Sejuk (Salji) sekarang.


Tips Cuaca Sejuk

Ada orang kata suhu yang dialami sekarang macam iklim Mediterranean. Jadi, bibir kita akan cepat menggelupas dan pecah-pecah. Untuk mencegahnya, gunakan lipbalm (bagi semua jantina) dan lipstik bagi kaum Hawa.

Banyakkan minum air masak. Banyak-banyak. Selesema dan demam mudah menyerang mereka yang antibodi lemah disebabkan cuaca ini tidak 'menentu' kerana kita mana biasa dengan suhu Mediterranean. Jadi tips nak elak dari jangkitan virus selesema dan demam adalah dengan mengamalkan minum air masak dengan banyak. Kalau biasa ambil 8 gelas sehari, sekarang tambahkan menjadi 16 gelas sehari.

Pakai baju yang tebal, untuk menahan suhu yang sejuk menerjah bulu roma. Kalau boleh, pakailah cardigan atau baju sejuk (sweater) kalau mahu berada di luar rumah. Kalau kat rumah, kita pakai baju nipis, tak apa kerana kita boleh ambil lagi baju lain dalam almari.

Tidur malam, gunakan selimut, comforter atau toto. Jangan biarkan angin malam masuk. Angin sejuk pula tu. Nanti lain pula jadinya.


Kesimpulan

Cuaca sejuk sekarang ni membolehkan kita berasa seperti berada di luar negara. Heaven! Nikmatilah kerana menurut sumber, minggu depan cuaca dah kembali normal. Tetapi dalam menikmatinya, kena juga beringat yang mana kesihatan itu lebih penting.

1 ulasan:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

cuaca kat sini pun sejuk juga.. setiap pagi mesti selsema..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...