Ibu sihat, bayi ceria |
Ibu bersalin memerlukan penjagaan rapi terutamanya dari segi makanan untuk mempercepatkan luka kembali sembuh. Bayangkan jari terluka kena pisau pun kita pantang juga makan, inikan pula bersalin seperti mengeluarkan daging dari dalam perut. Mestilah penjagaannya perlu rapi.
Wanita bersalin perlu menjaga makan terutamanya makanan sejuk dan berangin. Makanan yang elok diambil pula adalah yang mempercepatkan luka seperti ikan haruan. Air pula kena minum air masak suam.
Makanan yang harus dielakkan ibu bersalin:
1. Kicap - boleh kancing gigi (sawan)
2. Labu -angin
3. Petola -angin dan sakit badan
4. Buah Langsat, Dokong -sakit urat
Mee dan Laksa Utara mesti dielakkan sampai setahun.
Mungkin cara kita berbeza mengikut kaum famili masing-masing. Ada yang cakap ini boleh makan, ada yang cakap ini tak boleh makan. Terpulanglah. Ikutkan cakap orang tua-tua kerana mereka lebih tahu dari kita. Lagipun kita sama keturunan, sama darah.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.