Langkau ke kandungan utama

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur



Assalamualaikum.

Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu.

Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju.

Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'.


Jom layan gambar.


Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain.
Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer.
bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek.

Pintu dia macam ni la ye. Nak masuk kena guna kad. Tu kad dia dalam mesin kad.
Ni bilik air dia. Memang best gila bilik air ni. Selesa sangat. Ada singki dan cermin. Jamban. Pili air yang ada air panas atau sejuk. Ada towel. Tisu. Sabun dan syampu.

Ni belakang kad
ni depan kad dia

Kertas yang dia tulis kelebihan hotel Seasons View, Kuantan, Pahang ini.
Ha, ni la katilnya. Aku duk sorang je. Tak de bilik kecil. Ni bilik untuk empat orang tapi aku duk sorang-sorang saja. RM155 semalam. Deposit bayar sekali 200. Nanti masa check out, dipulangkan RM40. Sebenarnya, aku nak tukar bilik tapi tak ada kebetulan hari hujung minggu ramai yang dah reserve atau book awal-awal. Kawan aku nak book awal-awal, aku yang tak kasi. Tapi, tak pe, selama dua malam aku kat sini, semalam dia bayar, lagi satu malam, aku bayar. Ah, kopak duit aku..



Pemandangan sebelah hotel ni. De Spring Hotel. Sebenarnya banyak lagi gambar hotel-hotel yang dekat sebelah hotel aku menginap ini tapi gambar tak jelas akibat pembalikan cahaya cermin.


Sempat jumpa kawan aku kat Kuantan. Jumpa kat lobi hotel. Lama tak jumpa. dah dua tahun.




 Aku tak sempat nak up gambar aku jalan-jalan kat Kuantan, makan pepahat kat Tanjung Lumpur, jalan-jalan kat Petaling Streets. lappy dah hang. Lain kalilah kalau sempat ye.

Apa-apa pun, memang best sangat percutian kali ini walaupun aku kena tinggal sorang-sorang disebabkan tuntutan kerja kawan-kawanku. Tapi aku okey saja. Aku boleh merayap sorang-sorang, ajak kawan jumpa dan paling best bila berkenalan dengan orang baru yang baik.

Pergilah bercuti. Best! (duit yang habis jangan dikisahkan sangat. Duit boleh cari. Pengalaman tak boleh. Hehe)


Cuti-cuti Malaysia. Percutian impian.


Chau chit cau.

Wassalam.

Ulasan

  1. Seronoknye jalan2 cuti2 malaysia ni.. Sorang2 pun boleey^^

    BalasPadam
  2. Nurul Hidayah: ya, memang seronok bercuti ni. Sorang-sorang pun tak kisah, janji kita ada orang yang nak kita hubungi kalau susah =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker