Tips Temujanji Pertama Kali Jumpa | ! sha my heart

.

Sabtu, 19 Januari 2013

Tips Temujanji Pertama Kali Jumpa

Tips for first time blind date atau janjitemu pertama ini dijana oleh kepala yang ingat dari pembacaan dan penonton tv, cd, movie dan sebagainya. Bersedia nak keluar dating?

Assalamualaikum.

Mari aku kongsikan kepada anda yang berminat dan perlu tahu apa yang perlu korang buat semasa temu janji pertama.

1. Kenal
iya la, dah nama blind date, buta. Kena la kenal dulu, paling tidak pun nama, umur, asal mana.
Kalau langsung tak kenal, minta saja dia memperkenalkan diri.

2. Tempat jumpa
Pilih yang agak selesa untuk berbual. Jangan pilih stadium time perlawanan bola final. Jangan pilih kedai mamak yang bising dan sibuk giler. Tapi jangan pula pilih perpustakaan atau masjid tempat tak boleh berborak seluhur hati.

Pilihlah restoran yang ada kelas sikit. Tak ramai orang dan selesa nak berbual. Biar mahal sikit tak apa. Kan nak jadi kenangan terindah juga nanti.

3. Berbual
Dah jumpa, apa lagi, sembang la. Nak borak apa? Apa-apa sahaja yang menarik bagi kedua-duanya. Contohnya isu negara, drama, sukan. Apa sahaja yang terlintas.

4. Jenaka
Kalau kita nak tau orang yang kita date tu selesa dengan kita, dia tak teragak-agak nak gelak dengan jenaka yang kita buat. Kalau dia buat lawak, cubalah gelak walaupun berpura.

5. Jadi diri sendiri
Tak perlu berlakon dan berlagak macam orang lain. Tapi tapi tapi, gelak tu kawal sikit ya. Cakap pun agak-agak la. Jangan kuat sangat.
Jaga adab. Terima kasih. Maaf.

Kalau dia ada ajak untuk berjumpa lagi, maknanya, dia berminat dengan anda.

Selamat berjaya.

Oh bunga bunga syurga sedang menguntum di laman hatiku. Hahaha, jiwang.

9 ulasan:

IZAHAR™ AZIZAN berkata...

yg no. 4 & 5, musykil2 suh gelak mula2, tp jgn gelak..hahaha

sha my heart berkata...

amboi, duk buat musykil pula ye.
No 4 ok la. Tapi no 5, nak gelak boleh tapi kena control la. Jangan gelak macam langsuir. Jaga adab. Faham?

ain berkata...

blind date.. macam cite korea jeee. hahaa

sha my heart berkata...

ain: a ah kan, macam cerita korea.. Hahaha.
Tapi kat Malaysia pun ada juga macam ni. Moden la katakan.

bungacoklat berkata...

hahah ! suka bc ni:)

amer akat berkata...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

sha my heart berkata...

Terima kasih kerana menyukainya

sha my heart berkata...

Wslm wbt.
Terima kasih atas pujian dan sudi follow blog saya.
Wah, nicenya url blog

sha my heart berkata...

Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...