Februari 2012 | ! sha my heart

.

Rabu, 29 Februari 2012

Segment: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah



Ini adalah entri melekat. Ada entri terbaru kat bawah.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya nak buat segment. Alhamdu lillah, segment kembali lagi. Yeah!

Segment ni bertujuan mengimbau kembali kenangan persahabatan semasa di sekolah rendah. Mesti ada kan? Tak kiralah kenangan korang tu adalah yang manis, pahit atau masam. Hehe, gurau je. Maksud aku, tak kisah kenangan persahabatan yang menggembirakan atau menyedihkan mahupun tragik.

Kiranya, ini adalah segment menulis kenangan korang.

Syarat:
1. Nak follow, boleh follow blog ini. Tak nak pun tak apa, no hal.

2. Kalau sudi, klik like page blog ni.

3. Nak letak blog aku dalam bloglist pun okay juga. Tak letak pun tak pe.

4. Buat satu entry yang bertajuk Segment: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah dan sila linkkan banner yang ada kat atas ni (segment kenangan persahabatan masa sekolah) di dalam entri korang.

5. Nak tag kawan-kawan korang pun okay. Tak de tag pun okay.

6. Tinggalkan link entri korang kat dalam ruangan  komen ini, okay. =)

Tarikh Tutup: 29 Februari 2012. (Seminggu je. Cepat-cepat).

Senang je kan? 
Syaratnya mudah. Kalau nak buat pun okay je (senyum) tapi kalau tak nak buat pun tak pe. Gua tak kisah punya. Hehe~

Untuk dapatkan rambut yang cantik menarik,klik sini
Jom tengok race F1 percuma

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda



Assalamualaikum.

Ayat di bawah adalah keras dan berbisa. Kalau anda bertelinga kuali (eh patut ke?) silalah baca sampai habis. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, silalah ingat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Hehe~


Sebab kenapa blogger tak balas kunjungan anda

1. Blog korang sangat teruk
a.      Fizikal blog- Lambat loading sebab dah campak macam-macam eksesori. Dah macam pokok krismas pun ada. Hihi~ Buanglah semua tu, tinggal benda yang penting je. Ingat, orang terpikat pada entri yang memikat hati bukannya hiasan blog.

-Satu lagi, ada notification word pada komen. Macam mana nak buang, sila google.
Aku bukannya tak nak kasi tau caranya. Tapi bila aku dah terangkan satu persatu dia kata guna dashboard baru. (Ello, ko ingat aku ada satu blog ni je ke? Ko tak tahu kan, aku ni dah setting berapa buah blog? Tak kan semua hal aku nak kasi tau dalam blog ni, bukan macam blog ko, semuanya nak sumbat sampai tak fikir halal haram [sarcastic]).

So, daripada aku nak sakit hati dengan pembohongan ko yang ko tak jumpa apa yang aku ajar, ko pergi la berbaik-baik dengan pak cik google ye.
b. Body blog/kandungan- korang tulis entah apa-apa yang sampai tak tau nak komen apa. Ada juga ke? Ada.. Kemungkinan juga pembaca korang tak faham apa yang korang tulis. Sebab apa? Mungkin terlalu berahsia atau korang tulis guna short form atau guna bahasa rempit.
Terdapat juga blogger yang tidak bersetuju dengan apa yang anda tulis, jadi dia malas nak komen.


2. Perangai yang tidak disenangi
Banyak perangai yang bloggers tak suka.
Kalau aku, tak suka nak singgah lagi blog yang nak salahkan orang lain jer dan berlagak diva. Tak ketinggalan berlagak Datin/Datuk. Ello, ko ingat ko bagus sangat ke, hah?
 Oh ya, maaf ye aku dah tak larat lagi nak pergi ke blog yang begini. Aku tak mampu nak bohongi diri lagi nak berjimba-jimba kat blog macam tu. Rimas aku doe. Aku bukan jenis orang hipokrit. Jadi, lu fikirlah sendiri.


3. Blogger otai


Mungkin korang adalah blogger yang masih hijau (sedangkan aku masih kuning, tak cukup pigmen warna biru untuk menjadikan ia warna hijau. Maknanya aku lagi mentah dari korang), yang tak tahu kalau kita singgah komen pada blogger otai, tiada sebarang balasan komen. Janganlah kita mogok tak nak masuk blog itu lagi. Kerana siapalah kita pada mereka? Trafik mereka berpuluh-puluh ribu sehari. Kita berapa? 10 je sehari kot.

Kita juga kena faham, blogger otai yang famous-amos tu bukan kerja dia setakat blogging je. Mereka juga ada kerja lain. Sibuk. Kalau dia blogger sepenuh masa pun, sudah tentu dia akan fikirkan tentang bagaimana nak memperkembangkan lagi blog dia. Kalau setakat nak balas kunjungan korang satu persatu, yang komen satu entrinya beratus-ratus, dia dah rugi beribu-ribu lemon. Tu kalau sepenuh masa, kalau part time blogger lagi la sibuk. Please la fikir macam kita ni blogger otai untuk menyelami hidup mereka bergelar blogger otai, okay.


4. Silent reader
Kelompok ini sukar dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu anda. Blog ini ada juga silent reader yang bukan dari golongan aku yang kenal secara peribadi seperti keluarga dan rakan-rakan. Ada juga blogger lain yang menjadi silent reader. Bila aku minta dia komen, dia enggan. Pelik juga aku.
Baru aku faham apakah makna silent reader sejati. Tapi rasa tak best pula sebab kadang-kadang rasa macam aku tulis tapi tak ada siapa yang membacanya. Dah nama pun silent reader, memanglah diorang takkan komen entri anda. So, redha je la, bukan semua orang ada silent reader. Ehem-ehem. Haha~


Kesimpulan

Tolong letak diri anda dalam tempat orang lain jugak. Berblogging bukan sekadar untuk syok sendiri je. (Oh ada yang bangkang, ada je orang tu blog dia ada 50 orang pengikut tapi komennya banyak. Korang kena sedar, dia tu sape. Yang mengomen blog dia tu siapa? Mungkin dia ketua pasukan Pandu Puteri, mana korang nak tahu kan, ke dia tu bakal ketua kampung ke.. )

Jadi, tepuk dada tanya apakah hala tuju blog anda. Kalau sekadar suka-suka, sila abaikan apa yang telah anda baca dari mula sampai ke perkataan ini.

Aku hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Janganlah pula memikirkan aku ni banyak ilmu. Aku juga sedang belajar macam korang. Aku adalah blogger baru yang lagi newbie. Sila beri tunjuk ajar, okay.

Sila tambah rencah dalam ruangan komen, ya. U are rock, bebeh! =)

P/s: Kalau nak baca pasal tips blogging sila klik sini
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Selasa, 28 Februari 2012

Apabila Hujan, Maka Line Teruk, Mood Hilang


Letak gambar selipar diambil dari facebook kawanku sebab hati tengah berwarna pink sekarang ni. Maksudnya? Erm, segan nak bagitau. Baca je la. Hehe~

Assalamualaikum.

Apabila hujan, maka line teruk, mood teruk. Amacam tajuk, gempak tak? Haha~

Minta maaf kerana tidak berkunjung balik ke blog rakan-rakan. Mood terbang dan basah bersama hujan yang turun mencurah-curah. Semuanya kerana tiga perkara. Satu mengenai mood blogging, kedua pasal line internet yang sangat teruk dan ketiganya diri sendiri yang tak berapa sihat (sekarang ni pun tengah sakit kepala tapi rasa teringin plak nak membuat entri. Haha~).

Mengenai segmen kenangan persahabatan masa sekolah rendah, alhamdu lillah sambutan menggalakkan (walaupun tak promote sangat sebab 3 perkara yang telah disebutkan di atas). Nanti aku listkan dan buat hyperlink ke semua yang telah menyertainya. Ada kisah lucu, ada kisah sedih.

Ada juga yang komen tak ada sahabat masa sekolah. Adakah aku yang salah atau mereka yang tak faham akan maksud 'persahabatan'? Terpulanglah kepada maksud masing-masing. Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah 'persahabatan' itu ialah mengenai kawan-kawan kita semasa sekolah dulu. Tak kan kita tak ada kawan walaupun seorang, kan?

Ada juga yang memberi alasan tak ada idea?
Er, aku tanya kenangan yang mana kita perlu ingatkan kembali kerana ianya telah berlaku. Tak perlu nak idea-idea. Just remember it and splash it into word. Easy, right? =)


Aku juga teringat kisah-kisah kecilku semasa di sekolah. Indahnya..

Ada juga yang perasan aku bergayut sejam dua dalam entri blogger perasan bagus. Dia dan aku cuma kawan tapi aku bahagia dengan dia and i think he does. Hahaha~ Perasan.

Nak rehat dulu, nanti kalau ada masa aku tambah balik atau buat entri baru. Tak leh fikir banyak-banyak ni. Nak kena tenangkan fikiran. Tak nak la dapat migrain, bahaya dan teruk.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Isnin, 27 Februari 2012

Siapakah Juara Hati? Ehem, Tolong Pilihkan





Assalamualaikum.

Kali ini aku ada bawa kajian kes. Cuba korang selesaikan atau teka apakah kesudahannya =) Hehe~

Perubahan drastic selepas berpisah


Adila seorang gadis yang meningkat dewasa, baru mengalami perpisahan. Adila jadi separuh nanar dengan perpisahan itu. Hatinya hancur luluh tapi dia pura-pura hilang ingatan, amnesia.

Dia sengaja menjadi gedik ambik gambar artis kesayangannya yang masih bujang dan buat post di facebook serta katakan itulah bfnya. Ramai kawan-kawannya komen gambar tersebut kerana sebelum ini Adila adalah seorang yang tidak pernah menunjukkan gambar bfnya di fb. Dalam masa yang sama dia tidak lupa terangkan pada Ali supaya tiada kekeliruan. Ali faham lantaran dia mengenali Adila yang gila-gila. (Siapa Ali? baca kat bawah nanti, fahamlah)

Kerana ingin melupakan keperitan perpisahannya dengan Mr. X, Adila jadi semakin ceria. Gelak tawa Adila, menggila. Dia aktif berfacebooking semata-mata ingin melupakan rasa sedihnya, rasa kecewanya apabila cintanya yang suci ditolak mentah-mentah. Untuk apa ingat pada orang yang langsung tak pernah ingat kita? Buat apa tagih simpati pada orang yang menoreh luka di hati? Untuk apa menangis melolong untuk orang yang sedikit pun tidak pernah ada perasaan kasihan?

Tetapi sesungguhnya, jika lelaki itu (Mr X) hadir lagi, dia akan tetap menerima kerana hati Adila telah lama jatuh cinta pada pemuda yang, yang, yang.. ah, apa?

'Kelukaanku, Kegembiraan Kalian'

Hubungan Adila yang terputus di pertengahan jalan dengan Mr X, dirai gembira oleh lelaki-lelaki yang berada di samping Adila yang bergelar teman baik. Bila Adila dah solo, mereka mula mengatur langkah.
1.      Ali (bukan nama sebenar) telah berjaya menambat hatinya.
2.      Manakala Bun, (bukan nama dalam ic) mula terasa kehilanganku. Sebelum ini, Adila rapat dengan dia seorang sahaja. Tapi sekarang Adila sudah berpacaran dengan orang lain yang juga kawan baik Bun sendiri. Lelaki, mana mahu potong line. Lelaki rela melepaskan orang yang dia sayangi demi seorang kawan.
Bun seperti mencari peluang untuk rapat dengan Adila, sedangkan sebelum ini mereka memand sedia rapat. Tetapi berita mengenai Adila berpacaran dengan Ali membuatkan diri Bun terasa terlalu inginkan perhatian Adila. Adila pula melayan Bun seperti biasa, tetap ramah dan mesra.
3.      Sementara itu, Zack (bukan nama mak dia bagi) juga berputih mata. Itulah, awal-awal tak nak cekup si Adila tu. Adila memang menyimpan minat pada Zack tapi dia faham hati lelaki itu hanyalah pada sahabat penpal nya, Miss N sedari kecil. Jadi, mana mungkin Zack senang-senang berubah hati. Tetapi apabila segala kepincangan dan rahsia Miss N, gadis penpalnya itu terbongkar, dia ingin menagih kasih Adila.
Zack seakan-akan menjauhkan diri apabila berita Adila sudah menemui teman baru hinggap di telinganya. Zack yang dulu peramah dan suka bergurau dengan Adila, sudah tiada lagi. Yang ada hanya hambar.

Semua semua berumur muda setahun dari Adila. Kisah ke? Kisahlah kalau famili mereka kisahkan..

Penipuan
Ali pernah tipu Adila, kata:
- Umur mereka sama sedangkan umur dia lebih muda dari Adila.
-Kerja pembantu/sukarelawan bomba, hari-hari kena kawad padahal kerja swasta yang tak ada kaitan dengan badan uniform.
-Tak boleh simpan janggut kerana tuntutan kerjanya sedangkan tiada siapa melarang.

Bun tidak pernah menipu Adila. Semuanya jujur dan tulus.

Begitu juga dengan Zack. Dia seorang yang jujur sejujur jujurnya.


Adila pantang orang menipunya. Mungkinkah semua kata-kata Ali tidak dapat dipercayai lagi?
Ali juga pernah terlepas cakap bahawa dia tak suka orang Kedah.

Adila mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya dalam diari. Berikut ialah coretan diari Adila yang pihak spy berjaya skodeng. Haha~

Kepada Ali:
“Awak, kenyataan sekarang, saya orang Kedah. Kalau awak tak suka saya, lepaskan saya. Ramai lagi orang yang sukakan saya. Saya tahu sekarang bukannya masa yang tepat untuk bertanya adakah awak serius. Tapi sia-sia sahajakah hubungan yang terjalin ini? Kalau tidak ke mana, tiada hala tuju, maaf saya mahu menjaga hati saya.”

Kepada Bun:
“Awak, saya tahu awak sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya mungkin saya hanya berangan sahaja. Awak ada ramai kawan perempuan yang cantik-cantik dan boleh pilih sesiapa sahaja dalam sekelip mata. Tapi, kalau awak betul-betul sukakan saya, tunggu saya. Saya tahu awak tak kan mudah terima saya kalau saya terus tinggalkan Ali macam tu sahaja.”
Kepada Zack:
“Tunggulah kalau awak rasa saya berbaloi untuk awak.”


Persoalannya:

Pada pendapat anda, siapakah yang terbaik buat Adila?

Sila tolong rungkaikan persoalan ini ya kawan-kawan =)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ahad, 26 Februari 2012

TV Internet Terbaru yang Memang Sempoi





Assalamualaikum.

Di Malaysia ada ke TV free yang boleh tengok melalui telefon adroid?

Jawapannya ada.

1malaysiaiptv.com.my
Anda boleh memuat turun aplikasi untuk dimasukkan ke dalam handphone andoid anda dan juga boleh layari erama.tv
Ada tv1, tv2, tv3, alhijrah, dan banyak tv yang aku tak pernah tahu pun ada, maklumlah tak de Astro. Kahkah. (Ala, nak tv8 nak tengok encik Baki Zainal). Sebelum ini, ada streaming sahaja tetapi dengan 1 Malaysia  Iptv ini lebih memudahkan anda menonton di mana sahaja sama ada di dalam negara mahupun di negeri orang.

Oh ya, bukan tv dalam negara sahaja tau, ada tv di luar negara juga ada seperti e-Korea dan KBS (coming soon).

Tunggu apa lagi, gunakan kemudahan yang ada dan tonoton televisyen di mana sahaja =)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Sabtu, 25 Februari 2012

Bangun Pagi-pagi Tapi Tak Solat!


Assalamualaikum.

Aku suka kata-kata ini.



Kalau korang perasan, kata-kata ini mirip dalam dialog dalam cerita pendek Mat Lufthi 90 yang bertajuk rokok dan songkok.

Aku bukannya baik mana tapi cuba menjadi terbaik. =)

Semoga kita dapat sesuatu. Amin.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Jumaat, 24 Februari 2012

Menyampah dengan Blogger yang Perasan Bagus


Assalamualaikum.

Korang tahu tak yang blog aku sedang menjalankan segment Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah. Boleh join lagi sebelum 29 Februari 2012.

Cerita je pasal kehidupan korang masa sekolah rendah dan kawan korang. Contohnya: Pada suatu hari, aku tak ada duit nak makan. Kawan aku, Ali kasi duit belanjanya untuk aku makan. Terharu.
Kami sama-sama panjat pokok rambutan masa balik sekolah.


Senang je kan? 


Promosi segment
Nak buat segment mahupun kontest kena rajin blogwalking (BW). Ya, aku dah buat tu. Malam awal, tidur pukul 2. Malam semalam 4 pagi, semata-mata nak promosikan segment tu. 

Bukan aku duk promosi sangat pun (kantoi. Lalala~). Ada hal lain juga yang dibuat. Layan filem kat tv dulu. Makan. Lipat baju. Berfacebooking dengan bincang isu-isu hangat. Bergayut telefon sejam dua sampai tak tau nak cakap apa dah (tapi tak jemu). Hahaha~

Tujuan aku buat segment sebab rasa bosan je asyik muka sama je duk lawat melawat blog. Kalau buat segment, aku akan lebih kenal ramai blogger lain. Alhamdulillah, setakat sekarang ni, aku dah kenal dengan banyak blogger baru dan tahu apa sisi pandangan mereka. =)


Blogger senior yang sombong


Dalam pada itu, aku jumpa seorang blogger yang agak senior. Umurnya memang dah banyak. Dalam 40 agaknya. Aku memang tak rapat dengan dia tapi tak sangka plak begitu perangainya. Bukan apa, umur dan blog dia yang agak dikenali tu, tak sangka perangainya  teruk. Aku betul-betul terkejut!

Kalau nak kata dia kerja tak bagus, bagus (nilai-nilai murni juga) kerja dia tu. Tapi, boleh ke orang respek kalau perangainya macam itu? Maaf, aku tak boleh respek pada dia.

Nampak macam dia nak bangga diri je. Orang lain duk bincang pasal blog, tetiba dia cakap kenapa tak temubual dia sebab punya pendapatan lagi tinggi, 5 ribu sebulan tapi tak heboh pun. Hak eleh, kalau tak heboh, pe hal dia komen macam tak puas hati?

Dengan segment aku pun dia kutuk. Hei jantan, aku cakap! Aku tak minta apa-apa pun dengan ko. Kenal ko pun tak. Maaf, perangai ko buat aku hilang hormat pada ko.

Ko ingat aku tak faham ke yang blogger yang dah stabil tak akan join segment blogger lain? Aku tak minta pun ko masuk. AKu ajak semua blogger (tapi blogger ada nama, tak la). Sape nak masuk, masuk la, boleh eratkan hubungan persahabatan antara blogger. =)

Nak tahu siapa dia? Maaf, aku tak akan bagitau sape dia. Buat apa aku nak heboh-hebohkan keburukan dia. Korang nak tau, carilah sendiri. Klu: Blogger suam-suam kuku je pun.


Kesimpulan

Blogger otai dan dikenali ramai pun tak belagak bodoh sombong macam pak cik ni. Siap diorang request jadi friends kat fb. See, tak pernah ada batasan antara blogger biasa dan otai. Unite. Bersatu. Humble. Down to earth.

P/s: Tolonglah jangan nak berlagak walaupun korang tu (perasan) blogger otai. Ingat orang nak respek ke? Please la!

Maaf, entri emosi plak. Hehe. Komen?
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Khamis, 23 Februari 2012

Ong Kim Swee Akui Kesilapannya Hadiah Jepun 4 Gol


Gambar masa team Harimau Malaya merayakan kemenangan ke atas Indonesia.



Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan

23 Februari 2012
SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

"Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru.

Kim Swee turut mengakui kekalahan hari ini turut berpunca daripada kesilapannya yang gagal mengatur strategi permainan yang berkesan.

"Saya menjangkakan corak serangan yang diamalkan seperti perlawanan terdahulu (di Fukuoka) Jepun, mampu memberikan kejutan kepada mereka, namun saya tersilap membuat ramalan," katanya.

Sementara itu, jurulatih Jepun Sekizuka Takashi memuji anak buahnya kerana memberi persembahan yang hebat mengalahkan pasukan negara dengan jaringan yang besar.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain saya hari ini kerana mereka bermain dengan baik dan telah menjaringkan empat gol," katanya.

Beliau gembira jika pemain dapat menambahkan jaringan gol untuk meningkatkan peluang mereka menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan kelayakan.

Jepun akan bertemu Bahrain di laman lawan pada 14 Mac ini manakala Malaysia akan bertemu dengan Syria di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan pada tarikh
yang sama. - Bernama dalam sumber


Kataku:

1. Macam tu hero, berani mengaku salah bila ada buat salah. Sayang coach!

2. Apa-apa pun, aku berbangga dengan skuad negara. Penyokong Malaysia yang memenuhi stadium walaupun sedar Malaysia tak akan layak ke Olimpik 2014.

3. 'Oh Ma-Lay-Sia!' bergema hasil dari penyokong setia yang lebih dikenali sebagai Ultras Malaya. Tahniah, semangat patriotik dan nasionalisma kita masih tinggi.

4. Aku pula memberi real feed dengan menggunakan facebook kepada kawan India sebab kat tempatnya hujan lebat, dapat tengok sekerat je.
Ini membuktikan sukan mampu menyatukan kita semua.

5. Rileks la, Jepun ranking dunia no 15 kalau tak silap manakala Malaysia no 140. Team Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik.


Kesimpulannya:

Kalah atau menang itu tolak ke tepi dahulu. Yang penting rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada team negara. Majulah sukan untuk negara =)

P/s: Rasa fresh sikit dapat hiburan daripada berita sekarang ni, asyik pasal PR13 je.

Rabu, 22 Februari 2012

Cara Membaiki Komputer



Assalamualaikum.

Lama aku tak bagi tips atau perturunkan ilmu dalam bab gadjet ni kan? Jadi di kesempatan ini aku nak kongsi cara-cara memperbaiki sebarang jenis komputer.





Haha. Gurau-gurau je.

P/s: terdengar produk HP (Hawlet Packard) tak boleh diperbaiki kalau rosak. Ye ke?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...