Langkau ke kandungan utama

Kad Kreatif Raya + Merdeka yang Cantik



Assalamualaikum.

Pada raya kali ini, eh, selamat hari raya dan salam merdeka (tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan).

Entri kali ini, entri bercerita ye, ada kronologi lagi.

Ok, sambung balik, pada raya kali ini, beberapa orang blogger telah meng'IM' dan meminta alamatku untuk dihantar kad raya.

Sungguhlah rasa terharu ada juga blogger yang ingat pada aku, blogger yang suam-suam kuku ni dan tahun ni dah kurang aktif  berblog dah.

Ada juga bebudak group yang aku pernah jaga admin, minta alamat. Tapi malas nak kasi sebab takut tak terbalas. Bagi alamat kat bloggers ni sebab rasa kesian pula, orang dah minta, tak kasi pula.
Kalau budak group okay lagi la, tak la rapat mana. Macam chipsmore. Tapi kalau bloggers, lain. Kalau dah menghilang, dah susah nak pujuk balik. Hehe~

Aku pun memang cadang nak balas balik pun pada diorang tapi hari-hari masih duk cari-cari masa nak lari jap cari kad raya tapi masih tak dapat keluar. Ada keluar pun kadang kala tak sempat atau tak pergi ke tempat yang jual kad raya.
Jadi, terfikir tak salah kalau buat kad sendiri. hand made. Lagipun, ada juga skil buat kad kreatif ni. Hehe~

Tengok-tengok ada bahan apa yang boleh dibuat kad kreatif. Kad a.k.a kotak, ada. Kertas berwarna ada. Tali ada. Saloptape ada. Penebuk lubang ada. Yes, boleh buat kad kreatif!

Sambil-sambil kerja, sambil buat kad. 4 hari juga la nak siap semuanya. Ingat senang ke? lagipun buat sambil kerja, tak cukup perhatian nak belai manja kad tu. Hehe~

Tadaaa, dah siap!
Cantik tak?

Kemudian, aku buat lebih untuk diberikan pada kawan-kawan rapatku di tempat kerja dan bos. Semuanya 7 keping. Ada juga kawan-kawan workplace dan kawan-kawan maya nak jugak..


Cerita terbaru, ada sorang blogger yang aku  dah pos kad kreatif-comel-aku tu, tak dapat kad pun. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Hehe~ Aku pun tak tau apa silapnya, mungkin pihak pos yang salah hantar. Macam kad raya dari blogger Anip (Anif Abdullah) tak sampai-sampai pun kepadaku.
Si blogger tu (nama dia Abu) minta aku buatkan kad tema merdeka. Hah, tough tu kad kreatif merderka. Nak buat flag (bendera) pun satu hal, kat bintang dan bulan.

Merdeka! Syukur dan bertuah kita dilahirkan dan menjadi warganegara Malaysia.. =)

Undur diri dulu.
Merdekakan minda.

P/s: Kad raya dari:
Pendambamawar.blogspot.com
ashgive.com
eqbalzack.com

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker