Assalamualaikum.
Aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat pasal pembiayaan kenderaan.
Menurut pegawai latihan kewangan, membeli kereta adalah ibarat membeli besi buruk. Hal ini demikian kerana kereta ada susut nilai setiap tahun.
Pembelian kereta adalah pembelian di antara perlaburan untung dan perlaburan rugi.
Perlaburan untung: hartanah dan rumah
Perlaburan rugi: kad kredit
Tahan lima tahun sahaja
Pada perbincangan pada tahun 1999, para pelabur syarikat (kalau tak salah aku) mereka menyatakan adalah rugi kita buat barangan durable yang tahan sampai berpuluh tahun. Ini akan merugikan kerana tiada perkhidmatan lepas belian seperti servis, tukar barang rosak dan sebagainya.
Jadi, mereka sepakat untuk mengeluarkan kenderaan yang hanya tahan 5 tahun sahaja, kemudian akan ada rosak sikit-sikit.
Pembiayaan kereta pula biasanya melibatkan 7 tahun, 9 tahun. Ramai yang ambil 9 tahun kan? Jadi, 9-5 tahun, sama juga 4 tahun mereka guna kereta yang 'besi buruk' tapi masih berhutang. Agak rugi di situ.
Pembelian Secara Tunai
Demikian juga dengan pembelian secara tunai (tetapi membuat pembiayaan peribadi). Pembiayaan peribadi adalah lebih bahaya kerana tiada apa yang dicagarkan. Kalau pembiayaan kereta, ada kereta yang boleh ditarik, tetapi kalau permbiayaan peribadi, tiada apa-apa, sedangkan bunga terus naik. Pilih pembiayaan yang menguntungkan yang ditawarkan oleh bank.
Saranan Terbaik
Tengok pada tangga gaji kita selepas tolak SOCSO, KWSP, ELP dan hutang piutang. Bedah gaji kita. Tolak juga dengan kos duit untuk persiapan raya, kenduri, jalan-jalan, persiapan persekolahan anak-anak.
Pembiayaan kereta kata pakar kewangan, ambil 4 tahun. Kata bank ambil 9 tahun. Kena ingat bank mahu memaksimumkan untungnya, suruh ambik 9 tahun. Paling elok ambil 5 tahun pembiayaan.
Kalau ambil 9 tahun pembiayaan, selepas 5 tahun, mesti ada kereta lain yang lebih kita berkenan keluar. Jadi 4 tahun tu terpaksa guna 'besi buruk'.
Tengok tingkat gaji yang kita mampu. Kalau RM50K, kereta apa yang sesuai. Kalau tak mampu 50k, katakan 40k, tengok kereta apa yang sesuai. Kalau tak mampu lagi, tengok lagi kereta apa yang lebih murah.
Kereta terpakai juga adalah pilihan bijak terutamanya kalau dah habis bayar bank. Pergh, terbaik la.
Tapi kereta model dulu-dulu (macam Saga) lagi tahan lama kerana sebelum tahun 1999, kan mereka buat kereta untuk tahan 10 tahun.
Kesimpulan
Bijaklah membuat pelaburan kereta supaya perlaburan itu menguntungkan kita =)
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
betol2 kalau nak yang terbaik cari 2nd 5 tahun. Mesti lagi jimat heheh
BalasPadambetul tu acid..
BalasPadamNnt igt nk ambk 5thun jgk la
info yang baik.:)
BalasPadamAzza: terima kasih. semoga bermanfaat
BalasPadam