Langkau ke kandungan utama

Macam Ni Ke Nak Berkawan




Assalamualaikum.

Entri di bawah adalah penuh emosi. Bencinya. Menyampah betul la.


Berkawan? Memang senang tapi kadang-kadang perlu ikut peraturan/norma budaya jugak.
Ok, aku bagi korang case study.


Kes 1

Ada sorang blogger ni yang suam-suam kuku. Dia singgah kat page facebook korang, dan tinggalkan spam kat setiap satu link blog korang. Tak cukup dengan tu, dia tulis juga kat wall korang suruh korang masuk ke blog dia.

Korang dah kenal dah dia ni jenis nak kan trafik je. Korang pernah masuk blog dia dan komen-komen. Tapi haram dia nak balas balik kunjungan korang. Begini ke cara nak kawan dengan blogger?


Kataku:

Maaf ye, pada aku, bukan begini caranya. Caranya mudah jer, datang ke blog, komen entri. Tapi jangan pula spam link kat ruangan komen. Dapat ke aku, terus padam je. Kehkeh, nampak sangat orang macam tu nak kan perhatian, mental disorder. Annoying, tau tak?

Maaf la ye, aku tak hingin trafik yang entah pape. Aku mahukan pembaca. Bukan follower, bukan pencari trafik.


Kes 2

Tengah malam, korang on line facebook. Then, kawan lelaki yang pernah ada perasaan pada korang, yang dah berkahwin dengan orang lain, yang telah lama tak tegur korang walaupun masing-masing on line, tetiba tegur anda.

Anda mahu menjawab sapaan tu tapi naluri kewanitaan anda melarang kerana :
Adalah tidak wajar bermesej dgn laki orang pada dini hari tatkala sang isteri telah tidur. Semoga masih ada wanita yang baik seperti ini.
_unknown
Anda bukannya tak nak jawab, tapi fikir, kalau la bila dah kahwin nanti ada pula perempuan lain melayan suami anda, mesti geram kan.

Lepas tu, dia jawab pula, dia dah tak de isteri.


Kataku:
Eh, WTHeck.. Macam la aku ni isteri ko ataupun gundik ko yang ko nak bagitau segalanya. Macam la aku nak ko. Kalau kata kawan, kenapa selama ni ko buat aku macam tak wujud?



Aku tengah bengang ni.. Ku sumpah jugak kang. Haha~

Apa pendapat korang pula?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)